SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 SEBULAN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 SEBULAN 2024 : CHECK SEKARANG

Penambahbaikan daripada Kerajaan dalam pemberian bantuan yang disalurkan setiap bulan ke dalam MyKad penerima sebanyak RM100 menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan mykad rm100 sebulan? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN SARA MY KASIH RM1200 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN KINI BOLEH DISEMAK : CHECK ONLINE SEKARANG

PENGENALAN

Bantuan MyKad RM100 sebulan adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKAD RM100 SEBULAN

Pembayaran Bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad penerima adalah seperti tarikh berikut :

ALAMAT PENERIMATARIKH BAYARAN
Semenanjung Malaysia22 Januari 2024 (Isnin)
Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan Labuan
19 Februari 2024 (Isnin)

KADAR BANTUAN MYKAD RM100 SEBULAN

Setiap penerima yang dikenalpasti layak akan menerima bantuan mengikut kadar seperti berikut :

BIL.KATEGORI PENERIMAKADAR
BANTUAN
1.Isi Rumah
i. Kahwin
ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak
RM1,200
2.Warga Emas Tiada PasanganRM1,200
3.BujangRM600
Nota : Kadar kelayakan SARA 2024 adalah tertakluk kepada fasa STR 2024 diluluskan.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN MYKAD RM100 SEBULAN 2024

Penyaluran bantuan yang bernilai RM100 sebulan ke dalam MyKad adalah mengikut alamat penerima seperti berikut :

PENERIMA
SEMENANJUNG
MALAYSIA
PENERIMA
SABAH & SARAWAK
Penerima akan menerima elaun
bulanan sebanyak RM100 / RM50
secara bulanan selama setahun
melalui MyKad mereka untuk
membeli barang keperluan asas
terpilih. Pembayaran pertama akan
dilakukan mulai 22 Januari 2024
manakala bayaran seterusnya mulai
Februari 2024 akan disalurkan ke
akaun MyKad penerima pada
1 hari bulan setiap bulan
Bagi penerima di Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan Labuan pula,
bantuan SARA akan disalurkan dua kali
setahun iaitu RM600 untuk isi rumah
dan warga emas tiada pasangan dan
RM300 untuk golongan bujang pada
19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos
2024 (Isnin) melalui pengkreditan
ke akaun bank / secara tunai di cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
seluruh negara.

JADUAL BAYARAN BANTUAN MYKAD RM100 SEBULAN 2024

Berikut merupakan jadual bayaran bantuan yang disalurkan kepada penerima seperti di bawah :

Kategori STR
(Miskin dan Miskin Tegar)
Kategori STR
(Miskin dan Miskin Tegar)
BULANIsi Rumah &
Warga Emas Tiada Pasangan
Bujang
Januari 2024RM100RM50
Februari 2024RM100RM50
Mac 2024RM100RM50
April 2024RM100RM50
Mei 2024RM100RM50
Jun 2024RM100RM50
Julai 2024RM100RM50
Ogos 2024RM100RM50
September 2024RM100RM50
Oktober 2024RM100RM50
November 2024RM100RM50
Disember 2024RM100RM50
JUMLAHRM1,200RM600

CARA PEMAKLUMAN PENERIMA BANTUAN

Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat; atau penerima boleh semak video tutorial yang disediakan melalui Whatsapp atau Youtube (https://youtu.be/AuNFYupVcXA) atau hubungi nombor talian tertera yang telah anda terima melalui Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih.

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD RM100 SEBULAN

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan. Berikut merupakan cara pembelian :

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 SEBULAN 2024

Ikuti cara semakan status penerima di Portal Rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mykasih.com.my/.

Leave a Comment