SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD SARA RAHMAH BUJANG RM50 SEBULAN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD SARA RAHMAH BUJANG RM50 SEBULAN 2024 : CHECK SEKARANG

Penambahbaikan daripada Kerajaan bagi Program Bantuan Sara Rahmah yang disalurkan ke dalam MyKad penerima juga diberi perhatian kepada individu bujang dari golongan rentan untuk menerima bantuan yang bernilai RM50 sebulan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan mykad sara rahmah bujang rm50 sebulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 SEBULAN : CHECK SEKARANG

APA ITU BANTUAN MYKAD SARA RAHMAH

Bantuan MyKad Sara Rahmah atau nama rasminya Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih yang mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas RM600 bagi kategori bujang dengan kadar RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

SENARAI PENAMBAHBAIKAN BANTUAN MYKAD SARA RAHMAH

  • Memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar;
  • Meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600; dan
  • Mengambil kira maklum balas penerima, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

JADUAL PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD SARA RAHMAH BUJANG RM50 SEBULAN 2024

Berikut merupakan jadual pengkreditan bantuan Sara Rahmah yang akan dikreditkan kepada individu bujang (miskin dan miskin tegar) yang layak sebanyak RM50 sebulan seperti jadual di bawah :

TARIKH
BAYARAN
JUMLAH
22/01/2024RM50
01/02/2024RM50
01/03/2024RM50
01/04/2024RM50
01/05/2024RM50
01/06/2024RM50
01/07/2024RM50
01/08/2024RM50
01/09/2024RM50
01/10/2024RM50
01/11/2024RM50
01/12/2024RM50
JUMLAHRM600

KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN MYKAD SARA RAHMAH BUJANG RM50 SEBULAN 2024

Terdapat dua (2) keadah penerimaan bantuan Sara Rahmah mengikut alamat penerima seperti berikut :

  1. Penerima dari Semenanjung Malaysia :
    • Penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia yang diluluskan dan didaftarkan ke SARA, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM50 selama 12 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
  2. Penerima dari Sabah / Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan :
    • Bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, bantuan SARA akan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD SARA RAHMAH BUJANG RM50 SEBULAN 2024

Terdapat dua (2) cara semakan status bantuan ini di dalam dua (2) Portal yang berbeza iaitu melalui Portal Rasmi MySTR atau Portal Rasmi MyKasih. Ikuti cara semakan status seperti berikut :

SEMAKAN STATUS DI PORTAL RASMI MYSTR

PAUTAN PORTAL RASMI MySTR
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MySTR di atas.
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama Portal MySTR.
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon pada ruangan [No MyKad].
  4. Kemudian, klik [Log Masuk].
  5. Klik butang [Semak].
  6. Seterusnya, klik [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon adalah betul.
  7. Masukkan kata laluan dengan betul dan tekan [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada [Semakan Permohonan].
  9. Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SEMAKAN STATUS DI PORTAL RASMI MYKASIH

PAUTAN PORTAL RASMI MyKASIH
https://www.mykasih.com.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mykasih.com.my/.

Leave a Comment