SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP TERBARU 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP TERBARU 2024 : CHECK SEKARANG

Bantuan demi bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat dalam membantu rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk menghadapi peningkatan kos sara hidup termasuk Bantuan Sara Hidup yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan sara hidup terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN EWALLET B40 RM300 TERBARU : CHECK SEKARANG

KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN SARA HIDUP 2024

Terdapat tiga (3) kaedah pelaksanaan Bantuan Sara Hidup bagi tahun 2024, iaitu :

  1. Secara ansur setiap bulan;
  2. Ansur dua (2) kali setahun; dan
  3. Secara one-off (sekaligus).

*Nota : Kaedah pelaksanaan adalah tertakluk kepada kelayakan penerima (Miskin / Miskin Tegar / Bukan Miskin).

STATUS PELAKSANAAN BANTUAN SARA HIDUP TERBARU 2024

Berikut merupakan status pelaksanaan Bantuan Sara Hidup bagi setiap kelayakan penerima :

KELAYAKAN
PENERIMA
KAEDAH
PELAKSANAAN
STATUS
PELAKSANAAN
Miskin / Miskin Tegar
(Semenanjung Malaysia)
Ansur setiap bulanSedang
dilaksanakan
Miskin / Miskin Tegar
(Sabah & Sarawak)
Ansur dua kali
setahun
Telah selesai
dilaksanakan
Bukan Miskin / Miskin
Tegar
(Seluruh Malaysia)
Sekaligus (one-off)Bakal
dilaksanakan

TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN SARA HIDUP TERBARU 2024

Pelaksanaan Bantuan Sara Hidup adalah mengikut tarikh-tarikh seperti berikut :

  1. Penerima Miskin / Miskin Tegar (Semenanjung Malaysia) :
    • Disalurkan setiap bulan (22 Januari 2024 sehingga 01 Disember 2024).
  2. Penerima Miskin / Miskin Tegar (Sabah & Sarawak) :
    • Disalurkan dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024).
  3. Penerima Bukan Miskin / Miskin Tegar (Seluruh Malaysia) :
    • Disalurkan sekaligus (9 Disember 2024).

KADAR AMAUN BANTUAN SARA HIDUP TERBARU 2024 DISALURKAN

Setiap penerima akan menerima kadar amaun Bantuan Sara Hidup yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
SEMENANJUNG
MALAYSIA
(MISKIN /
MISKIN TEGAR)
SABAH &
SARAWAK
(MISKIN /
MISKIN TEGAR)
SELURUH
MALAYSIA
(BUKAN MISKIN)
ISI RUMAHRM1200RM1200RM300
WARGA EMASRM1200RM1200RM150
BUJANGRM600RM600RM150

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP TERBARU 2024

Ikuti cara semakan status penerima Bantuan Sara Hidup yang terbaru pada pautan rasmi di bawah :

  1. Sila klik pada pautan Semakan Status [Bantuan Sara Hidup Di Sini].
  2. Halaman utama akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
  5. Pada bahagian pengesahan, klik [Semak].
  6. [Frasa Keselamatan Pemohon] akan dipaparkan.
  7. Klik [Ya] sekiranya frasa tersebut adalah betul.
  8. Masukkan kata laluan dengan betul.
  9. Klik pula butang [Log Masuk].
  10. Profil pemohon akan dipaparkan.
  11. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  12. Status bayaran ‘Sumbangan Asas Rahmah (SARA)’ akan dipaparkan ‘Lulus’ berserta jumlah.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.

Leave a Comment