SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA MY KASIH RM1200 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA MY KASIH RM1200 2024 : CHECK SEKARANG

Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan dalam pembentangan bajet 2024, akan diberikan juga bantuan melalui MyKasih iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seramai 700,000 penerima yang berstatus miskin dan miskin tegar bakal menerima sebanyak RM1,200 (SARA).

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan sara my kasih rm1200? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN SARA STATUS : CHECK SEKARANG

APA ITU BANTUAN SARA MY KASIH RM1200

Bantuan SARA atau Sumbangan Asas Rahmah di bawah MyKasih merupakan bantuan tambahan kepada golongan miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM layak menerima sebanyak RM1,200 untuk pembelian barangan keperluan asas dapur.

BAGAIMANAKAH BANTUAN SARA MY KASIH RM1200 DISALURKAN

Bantuan SARA yang bernilai RM1,200 akan disalurkan secara ansur sepanjang tempoh 12 bulan (1 tahun) bagi tahun 2024 iaitu disalurkan sebanyak RM100 setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan penerima yang layak secara automatik.

BILAKAH TARIKH BANTUAN SARA MY KASIH RM1200 AKAN DITERIMA

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dijangka akan disalurkan bermula seawal bulan Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan bayaran akhir pada bulan Disember 2024.

*Namun masih belum diumumkan tarikh yang tetap untuk pembayaran.

DIMANAKAH BOLEH DIGUNAKAN BANTUAN SARA MY KASIH RM1200 2024

MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas. Rujuk kedai berhampiran anda di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.

APAKAH SENARAI BARANGAN YANG BOLEH DIBELI BANTUAN SARA MY KASIH RM1200 2024

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin dan bahan perasa. Barangan makanan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel MyKasih pada rak tanda harga untuk rujukan penerima bantuan.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA MY KASIH RM1200 2024

Berikut adalah cara semakan status penerima bantuan SARA melalui Portal Rasmi MyKasih :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih (berkaitan Sumbangan Asas Rahmah SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mykasih.com.my/.

Leave a Comment