SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR RM100 APRIL 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR RM100 APRIL 2024 : CHECK SEKARANG

Tidak hanya bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) fasa kedua sahaja yang disalurkan pada bulan April ini, malah Kerajaan turut menyalurkan bantuan tambahan kepada penerima STR sebanyak RM100. Namun, bantuan tambahan ini adalah khas kepada 700,000 penerima STR sahaja.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan tambahan str rm100 april? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA RM100 APRIL : CHECK STATUS SEKARANG

KADAR BANTUAN TAMBAHAN STR RM100 APRIL 2024

Berikut merupakan kadar bantuan STR Fasa 2 ditambah dengan bantuan tambahan STR mengikut kategori penerima seperti di bawah :

  • KATEGORI ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH :
BANTUAN /
BIL. ANAK
Tiada Anak1 – 2 Anak3 – 4 Anak5 ke atas
STR Fasa 2RM150RM300RM500RM650
Tambahan
STR
+RM100+RM100+RM100+RM100
JUMLAH=RM250=RM400=RM600=RM750
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN :
BANTUANKADAR BANTUAN
STR Fasa 2RM150
Tambahan
STR
RM100
JUMLAHRM250
  • KATEGORI BUJANG PENDAPATAN BAWAH RM2,500 SEBULAN :
BANTUANKADAR BANTUAN
STR Fasa 2RM100
Tambahan
STR
RM50
JUMLAHRM150

TARIKH PENYALURAN BANTUAN TAMBAHAN STR RM100 APRIL 2024

Berikut merupakan tarikh penyaluran bantuan STR Fasa 2 dan bantuan tambahan STR :

JENIS BANTUANTARIKH PENYALURAN
Bantuan Tambahan STRBermula 1 April 2024 (Isnin)
Bantuan STR Fasa 2Bermula 3 April 2024 (Rabu)
sehingga
9 April 2024 (Selasa)

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN TAMBAHAN STR RM100 APRIL 2024

Penyaluran antara bantuan STR fasa kedua dengan bantuan tambahan STR adalah berbeza mengikut kaedah seperti berikut :

JENIS BANTUANKAEDAH PENYALURAN
Bantuan Tambahan STRDikreditkan menerusi Kad pengenalan penerima
Bantuan STR Fasa 2Dikreditkan ke dalam akaun bank / secara tunai
di kaunter cawangan BSN.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR RM100 APRIL 2024

Ikuti cara semakan status penerima bantuan tambahan STR bagi bulan April di pautan rasmi seperti berikut :

PAUTAN RASMI SEMAKAN STATUS
BANTUAN TAMBAHAN STR RM100
https://www.mykasih.com.my/
    1. Sila klik pada pautan rasmi semakan status di atas.
    2. Pada halaman utama, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
    4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    5. Tekan butang [Semak Status].
    6. Status penerima bantuan MySARA akan dipaparkan.
    7. Selesai.

    RUJUKAN

    Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih (Bantuan tambahan STR). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

    PENAFIAN

    Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

    Leave a Comment