SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI B40 2024 : CHECK SEKARANG
Dengan menyalurkan bantuan tunai kepada golongan B40 (berpendapatan rendah), Kerajaan percaya dapat sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat. Sepanjang tahun 2024, pelbagai bantuan tunai yang akan diberikan khas untuk golongan B40.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan tunai b40? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN B40 KERAJAAN : CHECK STATUS SEKARANG
SENARAI BANTUAN TUNAI B40 2024
Berikut merupakan senarai bantuan-bantuan tunai yang akan disalurkan pada sepanjang tahun 2024 kepada golongan B40 :
- Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
- Bantuan Awal Ramadhan (BAR).
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Bantuan e-Wallet (BINGKAS).
- Bantuan Khas Penjawat Awam.
- Bantuan Khas Guru Agama, Imam, Bilal, Siak.
KADAR BANTUAN TUNAI B40 2024
Setiap bantuan tunai yang disalurkan mengikut kadar yang berbeza kepada setiap penerima seperti berikut :
- Bantuan Awal Persekolahan (BAP) :
KADAR BANTUAN TUNAI BAP |
---|
RM150 kepada setiap seorang murid yang berumur 7 tahun hingga 17 tahun. |
- Bantuan Awal Ramadhan (BAR) :
KADAR BANTUAN TUNAI BAR |
---|
RM500 secara sekaligus kepada golongan asnaf yang memerlukan oleh MAIWP. |
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN TUNAI STR |
---|---|
Isi Rumah pendapatan RM2,500 ke bawah | RM1,000 (0 anak) RM1,500 (1-2 anak) RM2,000 (3-4 anak) RM2,500 (5 ke atas) |
Isi Rumah pendapatan RM2,501 – RM5,000 | RM500 (0 anak) RM750 (1-2 anak) RM1,000 (3-4 anak) RM1,250 (5 ke atas) |
Warga Emas tiada pasangan | RM600 |
Bujang pendapatan RM2,500 ke bawah | RM350 |
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN TUNAI SARA |
---|---|
Isi Rumah berkeluarga | RM1,200 |
Warga Emas tiada pasangan | RM1,200 |
Bujang / Bujang OKU | RM600 |
- Bantuan e-Wallet (BINGKAS) :
KADAR BANTUAN TUNAI BINGKAS |
---|
RM300 setiap bulan disalurkan ke dalam aplikasi e-Wallet |
- Bantuan Khas Penjawat Awam :
JAWATAN PENERIMA | KADAR BANTUAN TUNAI |
---|---|
Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah (termasuk lantikan kontrak) | RM2,000 |
Jawatan Utama Sektor Awam (termasuk Polis, Bomba, Tentera, Angkatan bersenjata, dan seluruh anggota beruniform) | RM1,000 |
Pesara Kerajaan (termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen) | RM1,000 |
- Bantuan Khas Guru Agama, Imam, Bilal, Siak :
KADAR BANTUAN TUNAI KHAS |
---|
RM700 bagi menghargai jasa dan peranan besar lebih 70,000 guru takmir, guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), imam, bilal, siak, noja dan marbut di peringkat komuniti. |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI B40 2024
Untuk semakan status penerima bantuan tunai B40 hendak melalui portal rasmi bantuan seperti berikut :
JENIS BANTUAN TUNAI | PORTAL RASMI SEMAKAN |
---|---|
Bantuan Awal Ramadhan (BAR) | https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/ |
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | https://www.mykasih.com.my/ |
Bantuan e-Wallet (BINGKAS) | https://www.bingkasselangor.com/ |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Ucapan Belanjawan 2024. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
MOF : https://www.mof.gov.my/portal/ms/hubungi.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf dan https://semakankini.com/senarai-bantuan-tunai-2024/.