SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI HASIL 3700 2024 : CHECK SEKARANG
Bagi tahun 2024, hasil daripada penyasaran semula subsidi yang dilakukan oleh Kerajaan akan disalurkan bantuan tunai kepada rakyat yang bernilai sehingga RM3,700 dan hampir 60% daripada rakyat dewasa Malaysia akan menerima manfaat bantuan tunai.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan tunai hasil 3700? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : EKASIH SARA : SEMAKAN STATUS PENERIMA
APA ITU BANTUAN TUNAI HASIL 3700
Bantuan Tunai Hasil yang bernilai sehingga RM3,700 adalah gabungan daripada dua (2) bentuk bantuan iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan kepada isi rumah (bergantung pada bilangan anak) yang berpendapatan rendah serta tersenarai dalam pengkalan data e-Kasih berstatus miskin dan miskin tegar.
AMAUN BANTUAN TUNAI HASIL 2024
Berikut merupakan amaun Bantuan Tunai Hasil bagi tahun 2024 :
JENIS BANTUAN | AMAUN BANTUAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | RM2,500 |
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | RM1,200 |
CARA AGIHAN BANTUAN TUNAI HASIL 3700 2024
Pengagihan Bantuan Tunai Hasil yang bernilai RM3,700 adalah berbeza mengikut jenis bantuan seperti berikut :
JENIS BANTUAN | CARA AGIHAN BANTUAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat dan berfasa (mempunyai 4 fasa). |
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | Dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan penerima setiap bulan sepanjang 12 bulan (1 tahun). |
TARIKH AGIHAN BANTUAN TUNAI HASIL 3700 2024
Berikut merupakan tarikh agihan Bantuan Tunai Hasil yang bernilai RM3,700 :
JENIS BANTUAN | TARIKH AGIHAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Fasa 1 : Februari 2024. 2 : April 2024. 3 : Ogos 2024. 4 : November 2024. |
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | Bagi penerima Semenanjung Malaysia : 22 Januari 2024 1 Februari 2024 Mac 2024 April 2024 Mei 2024 Jun 2024 Julai 2024 Ogos 2024 September 2024 Oktober 2024 November 2024 1 Disember 2024. Sabah & Sarawak : 19 Feb 2024 & 12 Ogs 2024 |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI HASIL 3700 2024
Semakan status perlu disemak melalui Portal Rasmi seperti berikut :
PAUTAN SEMAKAN STATUS |
---|
https://bantuantunai.hasil.gov.my/# |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MySTR LHDNM di atas.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon pada ruangan [No MyKad].
- Kemudian, klik [Log Masuk].
- Klik butang [Semak].
- Seterusnya, klik [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon adalah betul.
- Masukkan kata laluan dengan betul dan tekan [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada [Semakan Permohonan].
- Status pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- STR :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
- SARA :
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1800
- Email : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf dan https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.