BANTUAN TUNAI HASIL 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Seramai 10 juta atau 60% daripada rakyat dewasa Malaysia yang layak menerima manfaat bantuan tunai hasil daripada penjimat subsidi yang disasarkan oleh Kerajaan. Bantuan tunai yang disalurkan adalah bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan akan peningkatan kos sara hidup.
Bagaimanakah semak status bantuan tunai hasil? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI HASIL 3700 : CHECK SEKARANG
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI HASIL
Secara umumnya penerima mestilah Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja serta memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk setiap kategori seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000;
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.
- Kategori Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan :
- Bujang; atau
- Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
- Had umur 60 tahun dan ke atas.
- Kategori Bujang :
- Bujang; atau
- Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
- Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
- Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
KADAR BANTUAN TUNAI
Pemberian Bantuan Tunai ini adalah mengikut kadar setiap kategori kelayakan seperti berikut :
- Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 ke bawah :
Tiada Anak | 1-2 Anak | 3-4 Anak | 5 Ke atas |
---|---|---|---|
RM1,000 | RM1,500 | RM2,000 | RM2,500 |
- Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
Tiada Anak | 1-2 Anak | 3-4 Anak | 5 Ke atas |
---|---|---|---|
RM500 | RM750 | RM1,000 | RM1,250 |
- Warga Emas Tiada Pasangan :
KADAR BANTUAN TUNAI |
---|
RM600 |
- Bujang Berpendapatan RM2,500 ke bawah :
KADAR BANTUAN TUNAI |
---|
RM350 |
BANTUAN TUNAI HASIL 2024
Ikuti cara semak status Bantuan Tunai Hasil di Portal Rasmi seperti berikut :
PAUTAN SEMAK STATUS |
---|
https://bantuantunai.hasil.gov.my/# |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MySTR LHDNM di atas.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon pada ruangan [No MyKad].
- Kemudian, klik [Log Masuk].
- Klik butang [Semak].
- Seterusnya, klik [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon adalah betul.
- Masukkan kata laluan dengan betul dan tekan [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada [Semakan Permohonan].
- Status pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf .
Check status bantuan kerajaan
Check status bantuan tunai hasil
Semak status bantuan tunai hasil
Adakah saya menerima bantuan RM300.00