SEMAKAN STATUS SARA 2024 ONLINE : CHECK STATUS SEKARANG
Pendekatan penyasaran semula subsidi akan dilaksanakan oleh Kerajaan secara berfasa dan sebahagian daripada hasil penjimatan subsidi akan disalurkan bagi meningkatkan peruntukan bantuan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 60% rakyat dewasa Malaysia.
Bagaimanakah semakan status sara online? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SARA SEMAKAN KEPUTUSAN : CHECK STATUS SEKARANG
KRITERIA KELAYAKAN SARA 2024
Kelayakan penerima Bantuan Sara tahun 2024 adalah terhad kepada yang memenuhi kriteria seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
JADUAL PENGKREDITAN BANTUAN SARA 2024
Berikut merupakan jadual pengkreditan Bantuan Sara sepanjang tahun 2024 :
PENERIMA | TARIKH PENGKREDITAN |
---|---|
Penerima beralamat di Semenanjung Malaysia | 22/01/2024 01/02/2024 01/03/2024 01/04/2024 01/05/2024 01/06/2024 01/07/2024 01/08/2024 01/09/2024 01/10/2024 01/11/2024 01/12/2024 |
Penerima beralamat di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | 19/02/2024 12/08/2024 |
KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN SARA 2024 ONLINE
Berikut merupakan kaedah pengkreditan Bantuan Sara bagi tahun 2024 mengikut penerima seperti di bawah :
PENERIMA | KAEDAH PENGKREDITAN |
---|---|
Penerima beralamat di Semenanjung Malaysia | Dikreditkan secara tanpa tunai menerusi Kad Pengenalan (Mykad) penerima setiap bulan. |
Penerima beralamat di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | Dikreditkan secara tunai ke dalam akaun bank penerima dua kali setahun. |
SEMAKAN STATUS SARA 2024 ONLINE
Ikuti cara semakan status penerima Bantuan Sara secara online pada pautan di bawah :
PAUTAN SEMAKAN STATUS SARA |
---|
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus |
- Sila klik pada pautan semakan status di atas.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Bantuan Sara. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
- Laman Bantuan MyKasih : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.