SEMAKAN STATUS STR FASA 3 2024 : CHECK BAYARAN ONLINE SEKARANG

SEMAKAN STATUS STR FASA 3 2024 : CHECK BAYARAN ONLINE SEKARANG

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa jumlah penerima akan terus meningkat untuk setiap fasa sejajar dengan permohonan yang dibuka sepanjang tahun kepada lebih 60% rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan rendah.

Bagaimanakah semakan status bayaran online str fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : JUMLAH BANTUAN STR FASA 3 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

BILANGAN PENERIMA STR FASA 3 2024

Berikut merupakan jumlah penerima STR fasa ketiga (3) untuk setiap kelayakan kategori :

KELAYAKAN KATEGORIBILANGAN
PENERIMA
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
3.0 juta
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
1.0 juta
Warga Emas (Bujang)1.2 juta
Bujang
(21 hingga 59 tahun)
3.3 juta

JADUAL BAYARAN STR FASA 3 2024

Pembayaran bantuan STR untuk fasa ketiga (3) adalah mengikut jadual seperti berikut :

  • Penerima mempunyai akaun bank :
TARIKH BAYARANJENIS PENERIMA
29/08/2024 (Khamis)
hingga
06/09/2024 (Jumaat)
Penerima sedia ada
18/09/2024 (Rabu)
hingga
20/09/2024 (Jumaat)
Penerima baharu
& Penerima rayuan
  • Penerima tiada akaun bank :
TARIKH BAYARANJENIS PENERIMA
Bermula 29/08/2024 (Khamis)Penerima sedia ada
Bermula 18/09/2024 (Rabu)Penerima baharu
& Penerima rayuan

KAEDAH BAYARAN STR FASA 3 2024

Pembayaran STR fasa ketiga (3) adalah melalui dua (2) kaedah, iaitu :

  1. Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan yang mempunyai akaun; atau
  2. Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

KADAR AMAUN BAYARAN STR FASA 3 2024

Amaun fasa ketiga (3) di bawah adalah untuk penerima STR yang sedia ada :

KELAYAKAN KATEGORIKADAR AMAUN
BANTUAN STR FASA 3
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM150 hingga RM650
(mengikut bil. anak)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
RM150 hingga RM300
(mengikut bil. anak)
Warga Emas (Bujang)RM150
Bujang
(21 hingga 59 tahun)
RM50

SEMAKAN STATUS STR FASA 3 2024

Ikuti semakan status bayaran online STR fasa tiga (3) seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi MySTR LHDNMhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MySTR LHDNM di atas.
  2. Kemudian, isikan ruangan ‘No MyKad’ mengikut format (contoh : 450125115778).
  3. Klik pada butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima fasa 3 akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf.

Leave a Comment