SEMAKAN STR 2024 ONLINE : CHECK STATUS SEKARANG
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. Bagi tahun 2024, pemberian bantuan STR diperluaskan kepada hampir 60% rakyat dewasa Malaysia dan dinaikkan nilai bantuan setiap kategori penerima.
Bagaimanakah semakan str online? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : MYKASIH SEMAKAN STATUS ONLINE : CHECK SEKARANG
KELAYAKAN PENERIMA STR 2024
Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Isi Rumah :
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan :
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang :
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JADUAL AGIHAN STR 2024 ONLINE
Pengagihan bantuan STR bagi tahun 2024 adalah mengikut tarikh permohonan / kemaskini oleh penerima seperti berikut :
BIL. | TARIKH HANTAR BORANG PERMOHONAN (DALAM TALIAN / BORANG KERTAS) | TARIKH AGIHAN |
---|---|---|
1. | November 2023 – 30 November 2023 | Januari 2024 (Fasa 1) |
2. | Disember 2023 – 29 Februari 2024 | April 2024 (Fasa 2) |
3. | Mac 2024 – 30 Jun 2024 | Ogos 2024 (Fasa 3) |
4. | Julai 2024 – 30 September 2024 | November 2024 (Fasa 4) |
KADAR AMAUN STR 2024
Amaun bayaran Bantuan STR adalah berbeza mengikut kategori seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR AMAUN STR 2024 |
---|---|
Isi Rumah Berkeluarga Pendapatan RM2,500 ke bawah. | RM1,000 (0 ANAK). RM1,500 (1-2 ANAK). RM2,000 (3-4 ANAK). RM2,500 (5 KE ATAS). |
Isi Rumah Berkeluarga Pendapatan RM2,500 hingga RM5,000. | RM500 (0 ANAK). RM750 (1-2 ANAK). RM1,000 (3-4 ANAK). RM1,250 (5 KE ATAS). |
Warga Emas Tiada Pasangan. | RM600 |
Bujang Pendapatan bawah RM2,500 sebulan. | RM350 |
SEMAKAN STR 2024 ONLINE
Ikuti cara semakan Bantuan STR secara online di pautan seperti berikut :
PAUTAN RASMI SEMAKAN STR |
---|
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan semakan di atas.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran terkini pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf.