SEMAKAN STR FASA 2 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN STR FASA 2 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Setakat ini, seramai 8.2 juta rakyat Malaysia yang layak telah berdaftar untuk STR fasa 1 2024. Walau bagaimanapun angka ini dijangka meningkat sehingga 9 juta bagi tahun ini. Oleh kerana, mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini yang dibuka sepanjang tahun, berbanding setahun sekali sebelum ini.

Bagaimanakah semakan str fasa 2? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET RM300 UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS : CHECK STATUS SEKARANG

JADUAL PELAKSANAAN STR 2024

Berikut merupakan jadual pelaksanaan bayaran STR mengikut permohonan sepanjang tahun 2024 :

BIL.TARIKH HANTAR BORANG
PERMOHONAN
(DALAM TALIAN / BORANG KERTAS)
TARIKH
BAYARAN
1.1 November 2023 – 30 November 2023Februari 2024
2.1 Disember 2023 – 29 Februari 2024April 2024
3.01 Mac 2024 – 30 Jun 2024Ogos 2024
4.01 Julai 2024 – 30 September 2024November 2024
*Pembayaran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi Fasa 2 diagihkan kepada penerima seawal bulan April 2024 sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini (dijangka dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri).

KADAR BAYARAN STR FASA 2 2024

Adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Kadar bayaran mengikut fasa permohonan STR adalah seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah (Berkeluarga) :
PENDAPATAN /
BIL. ANAK
0 ANAK1-2 ANAK3-4 ANAK5 KE ATAS
RM2,500 ke
bawah
FASA 1 :
RM500
FASA 2 :
RM
FASA 1 :
RM500
FASA 2 :
RM
FASA 1 :
RM500
FASA 2 :
RM
FASA 1 :
RM500
FASA 2 :
RM
RM2,501 –
RM5,000
FASA 1 :
RM100
FASA 2 :
RM
FASA 1 :
RM150
FASA 2 :
RM
FASA 1 :
RM250
FASA 2 :
RM
FASA 1 :
RM300
FASA 2 :
RM
*Kadar bayaran STR Fasa 2 akan dikemaskini dari semasa ke semasa apabila diberitahu.
  • Kategori Warga Emas (Tiada Pasangan) :
KADAR BAYARAN STR FASA
FASA 1 : RM150
FASA 2 : RM
*Kadar bayaran STR Fasa 2 akan dikemaskini dari semasa ke semasa apabila diberitahu.
  • Kategori Bujang Pendapatan RM2,500 ke bawah :
KADAR BAYARAN STR FASA
FASA 1 : RM100
FASA 2 : RM
*Kadar bayaran STR Fasa 2 akan dikemaskini dari semasa ke semasa apabila diberitahu.

KAEDAH BAYARAN STR FASA 2 2024

Pembayaran Bantuan STR bagi fasa 2 adalah seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
Ada akaun bankDikreditkan menerusi akaun bank
pemohon / pasangan yang telah
didaftarkan.
Tiada akaun bankDiberikan secara tunai di cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN).

SEMAKAN STR FASA 2 2024

Ikuti cara semakan bayaran Bantuan STR fasa 2 bagi tahun 2024 di laman web rasmi MySTR LHDNM di bawah :

PAUTAN LAMAN RASMI SEMAKAN MySTR
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan semakan di atas.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran terkini pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf.

Leave a Comment