SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024 : CHECK NAMA PENERIMA

SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024 : CHECK NAMA PENERIMA

Semestinya sudah ramai yang mengetahui tentang Sumbangan Asas Rahmah, namun masih ada yang tidak mengetahui bahawa ia adalah bantuan subsidi bersasar yang disalurkan secara ansur dan berperingkat sepanjang tahun.

Bagaimanakah semakan sumbangan asas rahmah? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH TERBARU : CHECK NAMA PENERIMA

APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan bantuan subsidi bersasar hasil daripada penjimatan subsidi oleh kerajaan yang disalurkan secara berperingkat yang juga sebagai bantuan tambahan kepada Sumbangan Tunai Rahmah. Namun, kaedah dan jumlah penyaluran adalah berbeza mengikut kategori penerima.

JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024

Setiap kategori akan menerima jumlah bantuan Sumbangan Asas Rahmah yang berbeza mengikut kategori kelayakan seperti berikut :

  • Kategori 1 (Miskin Tegar) :
ISI RUMAHWARGA EMASBUJANG
RM1,200RM1,200RM600
  • Kategori 2 (Miskin Serdehana) :
ISI RUMAHWARGA EMASBUJANG
RM1,200RM1,200RM600
  • Kategori 3 (Asas Bukan Miskin) :
ISI RUMAHWARGA EMASBUJANG
RM300RM150RM150

KAEDAH PELAKSANAAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024

Pelaksanaan bantuan Sumbangan Asas Rahmah adalah berbeza mengikut negeri penerima seperti kaedah berikut :

NEGERI PENERIMAKAEDAH PELAKSANAAN
SABAH
SARAWAK
LABUAN
Akan dilaksanakan dua kali
setahun (Februari dan Ogos)
secara tunai ke dalam akaun
bank penerima.
SELANGOR
PAHANG
PERAK
KELANTAN
PERLIS
KUALA LUMPUR
PUTRAJAYA
KEDAH
PENANG
TERENGGANU
MELAKA
NEGERI SEMBILAN
JOHOR
Akan dilaksanakan setiap bulan
(Januari hingga Disember)
secara tanpa tunai
melalui akaun yang diaktifkan
di bawah kad pengenalan
penerima.

SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024

Ikuti cara semakan Sumbangan Asas Rahmah seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi Sumbangan Asas Rahmah.
  2. Pada halaman utama portal, sila klik pada butang [SEMAK].
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima terbaru akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment