SENARAI BANTUAN KERAJAAN 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA
Taraf ekonomi rakyat terutamanya golongan rentan yang mudah terjejas amat diambil perhatian oleh Kerajaan. Oleh itu, pelbagai usaha Kerajaan untuk membantu mengangkat taraf ekonomi rakyat dengan menyalurkan pelbagai bantuan dalam bentuk tunai.
Bagaimanakah semakan senarai bantuan kerajaan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN RM100 MYKAD : CHECK SEKARANG
SENARAI BANTUAN KERAJAAN 2024
Terdapat pelbagai bantuan daripada Kerajaan, namun hanya dua bantuan yang disalurkan sepanjang tahun 2024 ini, iaitu :
- Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
- Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
*Nota : Kedua-dua bantuan di atas adalah merupakan bantuan subsidi bersasar, oleh itu ia disalurkan secara berperingkat sepanjang tahun ini.
NILAI AMAUN BANTUAN KERAJAAN 2024
Setiap bantuan adalah disalurkan mengikut nilai amaun yang berbeza mengikut kategori penerima seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | NILAI AMAUN BANTUAN STR | NILAI AMAUN BANTUAN SARA |
---|---|---|
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH | RM1,000 hingga RM2,500 (bergantung bilangan anak) | RM300 Atau RM1,200 (bergantung Kelayakan) |
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000 | RM500 hingga RM1,250 (bergantung bilangan anak) | RM300 Atau RM1,200 (bergantung Kelayakan) |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM600 | RM150 Atau RM1,200 (bergantung Kelayakan) |
BUJANG PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH | RM350 | RM150 Atau RM600 (bergantung Kelayakan) |
CARA BAYARAN BANTUAN KERAJAAN 2024
Setiap bantuan akan disalurkan kepada penerima mengikut cara seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | CARA BAYARAN BANTUAN STR | CARA BAYARAN BANTUAN SARA |
---|---|---|
Selangor, K.Lumpur, Johor, Melaka, N.Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Perlis, Kedah, P.Pinang | 1. Secara tunai melalui melalui akaun bank penerima; atau 2. Secara tunai di kaunter BSN. | Secara tanpa tunai melalui kad pengenalan penerima |
Sabah & Sarawak | 1.Secara tunai melalui melalui akaun bank penerima; atau 2. Secara tunai di kaunter BSN. | 1.Secara tunai melalui melalui akaun bank penerima; atau Secara tunai di kaunter BSN. |
SEMAK NAMA PENERIMA BANTUAN KERAJAAN 2024
Terdapat dua (2) portal rasmi untuk semakan penerima yang layak menerima bantuan oleh Kerajaan. Ikuti cara semakan di portal rasmi berikut :
- Semakan Bantuan STR :
- Sila layari portal rasmi semakan MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Semakan Bantuan SARA :
- Sila layari portal rasmi semakan SARA di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR dan MySARA. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.