SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BUJANG 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BUJANG 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Golongan bujang juga tidak terlepas pandang oleh Kerajaan untuk menerima pelbagai bantuan bagi tahun 2024 yang disalurkan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup yang dihadapi golongan bujang di bandar atau luar bandar.

Bagaimanakah semak senarai nama penerima bantuan bujang? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN E-KASIH : SEMAK STATUS SEKARANG

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BUJANG 2024

Syarat-syarat kelayakan individu bujang untuk menerima bantuan adalah seperti berikut :

  • Warganegara;
  • Bujang belum berkahwin / balu / duda / janda yang tidak mempunyai anak;
  • Berumur 21 sehingga 59 tahun;
  • Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas;
  • Berpendapatan bawah RM2,500 sebulan;
  • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SENARAI BANTUAN BUJANG 2024

Berikut merupakan senarai bantuan-bantuan untuk kategori Bujang bagi tahun 2024 :

  1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  2. Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  3. Skim Perubatan MADANI (SPM).
  4. Program MyLesen (Lesen Memandu Percuma).

KADAR BANTUAN BUJANG 2024

Setiap bantuan yang disalurkan adalah mengikut kadar yang berbeza seperti berikut :

BIL.JENIS BANTUANKADAR BANTUAN
1.Sumbangan Tunai Rahmah (STR).RM350
2.Sumbangan Asas Rahmah (SARA).RM600 / RM150
3.Skim Perubatan MADANI (SPM).RM75
4.Program MyLesen (Lesen Memandu Percuma).Yuran ditanggung
sepenuhnya oleh
Kerajaan.

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BUJANG 2024

Setiap bantuan yang disalurkan mempunyai laman web rasmi yang berbeza untuk membuat semakan seperti berikut :

  • SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) :
SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan semakan di atas.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.
  • SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) :
SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
https://www.mykasih.com.my/
  1. Klik pautan semakan di atas.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.
  • SKIM PERUBATAN MADANI (SPM) :
SEMAKAN STATUS SKIM PERUBATAN MADANI (SPM)
https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/
  1. Sila layari Portal Rasmi Skim Perubatan MADANI di atas.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX.
  3. Tick pada [I’m not a robot].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Ucapan Belanjawan 2024 serta dari laman-laman rasmi bantuan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Talian MOF : https://www.mof.gov.my/portal/ms/hubungi; atau
  • Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900; atau
  • Talian STR HASiL : 1-800-88-2747; atau
  • Talian SPM : +603-8687 2525.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.

2 thoughts on “SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BUJANG 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG”

Leave a Comment