SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN E-KASIH 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN E-KASIH 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Maklumat mengenai kemiskinan setiap individu yang berdaftar dengan e-Kasih (yang merupakan sistem Bank Data Kemiskinan Nasional) dapat dikenalpasti oleh Kerajaan untuk menyalurkan pelbagai bantuan kepada individu yang disahkan layak melalui e-Kasih.

Bagaimanakah semak status senarai nama penerima bantuan e-kasih? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 SECARA ONE OFF : SEMAK SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN E-KASIH 2024

Terdapat tiga (3) jenis bantuan yang disalurkan melalui data e-Kasih dan salah satunya ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan kepada kategori isi rumah berkeluarga atau ibubapa tunggal yang mempunyai anak, warga emas tiada pasangan dan bujang yang berpendapatan rendah atau bujang OKU.

PERUNTUKAN PENERIMA BANTUAN E-KASIH 2024

Bantuan yang disalurkan bagi tahun 2024 dijangka lebih lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas dengan memperluaskan pemberian kepada 700,000 penerima berbanding tahun lepas hanya 210,000 penerima yang berdaftar dengan e-Kasih.

TARIKH PENYALURAN BANTUAN E-KASIH 2024

Bagi penerima yang beralamat di Semenanjung Malaysia dan berdaftar dengan e-Kasih akan menerima RM100 / RM50 setiap bulan bermula pada 22 Januari 2024 dan seterusnya adalah pada 1 hari bulan setiap bulan sehingga bayaran akhir adalah pada 31 Disember 2024.

SENARAI PENERIMA BANTUAN E-KASIH 2024

Berikut merupakan senarai penerima yang layak menerima Bantuan e-Kasih 2024 :

KATEGORI PENERIMABILANGAN
PENERIMA
Kategori Miskin Tegar :
-Isi rumah berkeluarga / ibubapa tunggal
yang mempunyai anak.
-Warga emas tiada pasangan.
-Bujang / bujang OKU.
0.2 juta
Kategori Miskin :
-Isi rumah berkeluarga / ibubapa tunggal
yang mempunyai anak.
-Warga emas tiada pasangan.
-Bujang / bujang OKU.
0.5 juta

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN E-KASIH 2024

Ikuti cara semakan status penerima yang layak menerima Bantuan e-Kasih seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan semakan Bantuan eKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama, sila klik pada butang [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment