SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH RM1200 2024 : SEMAK SEKARANG
Peningkatan jumlah penerima bantuan eKasih adalah sebanyak lima kali ganda yang terdiri daripada pelbagai kategori di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kerajaan telah menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup.
Bagaimanakah semakan senarai nama penerima bantuan ekasih rm1200? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300 : CHECK SEKARANG
KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN EKASIH RM1200 2024
Pelaksanaan bantuan eKasih yang bernilai RM1,200 adalah berbeza mengikut negeri penerima seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PELAKSANAAN |
---|---|
Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Perlis, P. Pinang, N. Sembilan, Melaka, Johor, Kuala Lumpur, Selangor | Akan dikreditkan RM100 setiap bulan selama tempoh 12 bulan ke dalam Kad Pengenalan penerima. |
Sabah dan Sarawak | Akan dikreditkan RM600 dua kali setahun sahaja secara tunai di BSN / kredit ke dalam akaun bank penerima. |
TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN EKASIH RM1200 2024
Bantuan eKasih akan dilaksanakan sepanjang tahun 2024 ini mengikut tarikh seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | TARIKH PELAKSANAAN |
---|---|
Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Perlis, P. Pinang, N. Sembilan, Melaka, Johor, Kuala Lumpur, Selangor | 22 Januari, 1 Februari, 1 Mac, 1 April, 1 Mei, 1 Jun, 1 Julai, 1 Ogos, 1 September, 1 Oktober, 1 November, 1 Disember 2024 |
Sabah dan Sarawak | 19 Februari dan 12 Ogos 2024 |
KATEGORI PENERIMA BANTUAN EKASIH RM1200 2024
Bantuan eKasih yang bernilai RM1,200 adalah khusus untuk kategori seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Kategori Miskin Tegar : -Isi Rumah Berkeluarga / ibubapa tunggal -Warga Emas Bujang | RM1,200 |
Kategori Miskin eKasih : -Isi Rumah Berkeluarga / ibubapa tunggal -Warga Emas Bujang | RM1,200 |
SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH RM1200 2024
Semakan senarai nama penerima yang layak menerima bantuan eKasih perlu disemak melalui laman rasmi seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Semakan Senarai Nama Penerima Bantuan eKasih | https://www.mykasih.com.my/ |
- Sila klik pada pautan semakan status di atas.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan e-Kasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian e-Kasih : 603 8000 8000
- Laman e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1800
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx dan https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.