SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Nama penerima yang layak menerima bantuan Mykasih bernilai RM100 setiap bulan telah disenaraikan oleh Kerajaan yang diambil daripada data eKasih. Seramai 700 ribu penerima yang telah disahkan layak dan telah mula menerima bantuan ini.
Bagaimanakah semakan status senarai nama penerima bantuan mykasih rm100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN STR FASA 3 2024 : SEMAKAN STATUS, TARIKH DAN JUMLAH BAYARAN
KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024
Bantuan Mykasih yang bernilai RM100 setiap bulan adalah khas untuk penerima daripada kategori isi rumah yang berpendapatan rendah serta warga emas yang tiada pasangan yang berada di bawah data eKasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.
Manakala bagi kategori bujang atau bujang OKU yang berada di bawah data eKasih pula akan menerima bantuan Mykasih bernilai RM50 sahaja setiap bulan.
JADUAL BAYARAN BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024
Setiap bulan, bantuan Mykasih akan dibayar kepada penerima sebanyak RM100 mengikut tarikh yang ditetapkan seperti jadual di bawah :
BIL. | TARIKH BAYARAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
1. | JANUARI 2024 | RM50 / RM100 |
2. | FEBRUARI 2024 | RM50 / RM100 |
3. | MAC 2024 | RM50 / RM100 |
4. | APRIL 2024 | RM50 / RM100 |
5. | MEI 2024 | RM50 / RM100 |
6. | JUN 2024 | RM50 / RM100 |
7. | JULAI 2024 | RM50 / RM100 |
8. | OGOS 2024 | RM50 / RM100 |
9. | SEPTEMBER 2024 | RM50 / RM100 |
10. | OKTOBER 2024 | RM50 / RM100 |
11. | NOVEMBER 2024 | RM50 / RM100 |
12. | DISEMBER 2024 | RM50 / RM100 |
SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024
Senarai nama penerima yang layak perlu disemak pada laman rasmi Mykasih seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Mykasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama Mykasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Kemudian, anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status SARA’.
- Sila masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, tekan pada butang [Semak Status].
- Status penerima yang layak akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari :https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.