SKIM BANTUAN KANAK KANAK 2024 : SEMAK SEKARANG

SKIM BANTUAN KANAK KANAK 2024 : SEMAK SEKARANG

Bukan sahaja bantuan untuk rakyat dewasa, Kerajaan juga memberi peruntukan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyalurkan bantuan khas untuk kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, untuk membantu dan memelihara institusi keluarga agar kanak-kanak diberikan kasih sayang dan pengjagaan yang setulusnya.

Bagaimanakah semakan skim bantuan kanak-kanak? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN SARA : CHECK STATUS SEKARANG

TUJUAN SKIM BANTUAN KANAK KANAK

Pemberian Bantuan Kanak-kanak adalah terujuan untuk :

  • Membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
  • Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KANAK KANAK

Pemberian Bantuan Kanak-kanak adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

KADAR BANTUAN

Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
  • Kadar maksimum bantuan RM1000/keluarga sebulan.

SKIM BANTUAN KANAK KANAK 2024

Ikuti cara semakan Bantuan Kanak-kanak di portal rasmi JKM seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); atau klik pautan di sini : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/index&id=YWpnMStLRm1RdzVNUTM1NVpZWnd4dz09.
  2. Pada halaman utama JKM, sila klik pada [eBantuanJKM].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan.
  4. Sila klik pada [Semakan Status Permohonan Talian].
  5. Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 86XXXXXXXXXX.
  6. Klik butang [Semak].
  7. Status pemohon akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkaitan Bantuan Kanak-kanak. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=QW15ZEo2UnZIMnJXSHdEQTdXZGE3dz09.

Leave a Comment