SKIM RM1200 UNTUK PENERIMA STR 2024 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG
Mungkin dengan amaun bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) sahaja tidak mencukupi bagi penerima yang mempunyai ramai tanggungan dan pendapatan yang rendah. Oleh itu, Kerajaan menambah peruntukan untuk skim bantuan berjumlah sehingga RM1,200 untuk penerima STR.
Bagaimanakah semak kelayakan skim RM1200 untuk penerima STR? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN TUNAI RM100 DIKREDITKAN SETIAP BULAN DALAM MYKAD : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG
APA ITU SKIM RM1200 UNTUK PENERIMA STR
Skim RM1,200 adalah disalurkan sebagai bantuan tambahan kepada penerima STR yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan. Namun, skim ini disalurkan dengan kaedah berlainan iaitu secara tunai dan tanpa tunai kepada penerima STR dengan jumlah maksimum RM1,200.
AMAUN BANTUAN KESELURUHAN UNTUK PENERIMA STR 2024
Berikut merupakan amaun bantuan keseluruhan STR dan skim RM1,200 bagi tahun 2024 :
- Penerima Kategori Isi Rumah :
PERKARA / BIL. ANAK | TIADA ANAK | 1 – 2 ANAK | 3 – 4 ANAK | 5 KE ATAS |
---|---|---|---|---|
Bantuan STR | RM1,000 | RM1,500 | RM2,000 | RM2,500 |
Skim tambahan | RM1,200 | RM1,200 | RM1,200 | RM1,200 |
JUMLAH | RM2,200 | RM2,700 | RM3,200 | RM3,700 |
- Penerima Kategori Warga Emas Tiada Pasangan :
PERKARA | AMAUN BANTUAN |
---|---|
Bantuan STR | RM600 |
Skim tambahan | RM1,200 |
JUMLAH | RM1,800 |
- Penerima Kategori Bujang :
PERKARA | AMAUN BANTUAN |
---|---|
Bantuan STR | RM350 |
Skim tambahan | RM600 |
JUMLAH | RM950 |
TARIKH PENYALURAN SKIM RM1200 UNTUK PENERIMA STR
Setiap penerima STR yang layak, akan menerima skim RM1,200 mengikut tarikh yang ditetapkan setiap negeri seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | TARIKH PENYALURAN |
---|---|
Selangor, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kuala Lumpur | Akan disalurkan setiap bulan bermula 22 Januari 2024 sehingga 1 Disember 2024 |
Sabah dan Sawarak | Akan disalurkan dua kali setahun pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024 |
SEMAK KELAYAKAN SKIM RM1200 UNTUK PENERIMA STR 2024
Penerima bantuan STR boleh membuat semakan kelayakan skim RM1,200 pada portal rasmi seperti berikut :
PAUTAN PORTAL RASMI SEMAKAN |
---|
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan semakan rasmi di atas.
- Anda akan dibawa ke halaman utama portal.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima RM1,200 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR dan MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.