STR BUJANG 2025 FASA 1 : SEMAKAN STATUS
STR Bujang 2025 merujuk kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bujang yang akan disalurkan kepada golongan bujang di Malaysia pada Fasa 1 tahun 2025.
Ini adalah salah satu bentuk bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah, termasuk individu bujang yang layak.
Program STR adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, terutama dalam situasi ekonomi yang mencabar.
Bagi golongan bujang, mereka yang memenuhi kriteria kelayakan seperti had pendapatan tertentu dan syarat-syarat lain akan menerima bantuan tunai secara langsung.
BANTUAN TERKINI KERAJAAN 2025 : PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH MYKAD RM100 SETIAP BULAN 2025 : DAFTAR ONLINE SEKARANG
JADUAL BAYARAN STR BUJANG 2025
Tarikh rasmi pengagihan duit bantuan STR Fasa 1 masih belum dikeluarkan. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh pengagihan bantuan, pihak kami akan kemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan.
JUMLAH BAYARAN STR BUJANG 2025 FASA 1
Jumlah pendapatan RM 2500 dan kebawah : Jumlah Bantuan RM 600 Setahun
Nota: Kadar bantuan ini adalah jumlah keseluruhan bagi tahun 2025, dan wang akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4).
SEMAKAN STR BUJANG 2025 FASA 1
Berikut adalah langkah-langkah terperinci untuk membuat semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 melalui portal rasmi:
- Layari Portal Rasmi STR
- Kunjungi portal rasmi STR di pautan berikut:
- https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Paparan Halaman Utama
- Setelah halaman utama portal dipaparkan, klik pada butang [TUTUP] untuk memadam pemakluman terkini yang mungkin muncul.
- Masuk ke Bahagian [MySTR]
- Pergi ke bahagian kanan halaman dan cari ruangan [MySTR].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Masukkan nombor kad pengenalan anda yang terdiri daripada 12 digit tanpa menggunakan sengkang (-).
- Klik Butang [Log Masuk]
- Setelah memasukkan nombor kad pengenalan, tekan butang [Log Masuk].
- Pengesahan Nombor Kad Pengenalan
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk mengesahkan nombor kad pengenalan yang dimasukkan.
- Frasa keselamatan akan dipaparkan
- Jika frasa tersebut betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Klik [Log Masuk]
- Setelah memasukkan kata laluan, klik butang [Log Masuk] dan profil pemohon akan dipaparkan.
- Semakan Permohonan
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan] untuk melihat status permohonan STR anda.
- Maklumat Bayaran
- Tekan pada bahagian [Maklumat Bayaran] untuk melihat status kelayakan dan bayaran STR anda.
- Selesai
- Setelah selesai, status kelayakan dan bayaran STR akan dipaparkan untuk rujukan anda.
- Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda dapat melakukan semakan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dengan mudah.
TALIAN BANTUAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf