SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAKAN STATUS 2024 : CHECK SEKARANG
Penambahbaikan oleh Kerajaan untuk program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program ini yang bakal dilaksana secara berperingkat, menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.
Bagaimanakah sumbangan asas rahmah semakan status? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CEK BANTUAN SARA : SEMAK STATUS SEKARANG
PENGENALAN
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Namun, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah khas untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai-kedai dan pasaraya yang berdaftar dengan bantuan ini dengan pembayaran hanya menggunakan MyKad sahaja.
KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024
Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
PENAMBAHBAIKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024
Kerajaan telah menambah baik Sumbangan Asas Rahmah seperti senarai berikut :
- Memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin, miskin tegar serta bukan miskin / miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar;
- Meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600; dan
- Mengambil kira maklum balas penerima, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.
KAEDAH PELAKSANAAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024
Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2024 adalah mengikut negeri seperti kaedah berikut :
- Penerima daripada Semenanjung Malaysia :
- Akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima secara automatik boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
- Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan :
- Bayaran dua kali setahun mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.
AMAUN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024
Pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah mengikut amaun kelayakan kategori seperti berikut :
- Kategori Miskin dan Miskin Tegar :
- Isi Rumah (Berkahwin / Ibu Bapa Tunggal yang mempunyai anak) : RM1,200.
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM1,200.
- Bujang : RM600.
- Kategori Asas (Bukanh Miskin / Miskin Tegar :
- Isi Rumah : RM300
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM150.
- Bujang : RM150.
TARIKH PENGKREDITAN
Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah mengikut alamat dan kategori penerima seperti berikut :
- Penerima Semenanjung Malaysia :
- Kategori Miskin & Miskin Tegar :
- Bayaran pertama pada 22 Januari 2024 dan seterusnya pada 1 hari bulan setiap bulan ke dalam MyKad penerima (Januari 2024 – Disember 2024).
- Kategori Asas (Bukan Miskin / Miskin Tegar) :
- Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat.
- Kategori Miskin & Miskin Tegar :
- Penerima negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan :
- Kategori Miskin & Miskin Tegar :
- Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024).
- Kategori Asas (Bukan Miskin / Miskin Tegar) :
- Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat.
- Kategori Miskin & Miskin Tegar :
NOTA : Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa sehingga tarikh luput iaitu pada 31 Disember 2024.
BARANGAN KEPERLUAN ASAS
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
SENARAI KEDAI TERPILIH SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Terdapat lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk :
- Mydin,
- Giant,
- Econsave,
- The Store,
- Pacific,
- Milimewa,
- 99 Speedmart,
- Lotus Stores (Tesco),
- serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat yang berhampiran boleh disemak melalui pautan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.
LANGKAH PEMBELIAN
Penerima Sumbangan Asas Rahmah boleh membuat pembelian seperti langkah-langkah berikut :
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAKAN STATUS 2024
Semakan statu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.