BANTUAN PADU 2024 REGISTRATION : CARA MOHON DI SINI

BANTUAN PADU 2024 REGISTRATION : CARA MOHON DI SINI

Pada 2 Januari 2024, Kerajaan telah mengumumkan pelancaran Sistem Pangkalan Data Utama atau singkatannya PADU yang merupakan pangkalan data utama negara yang selamat dan komprehensif ke arah digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat.

Bagaimanakah bantuan padu 2024 registration? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAKAN STATUS : CHECK SEKARANG

APA ITU PADU 2024

Pangkalan Data Utama (PADU), mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber untuk memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial.

TEMPOH PADU REGISTRATION

Untuk pendaftaran Sitem Pengkalan Data Utama (PADU) adalah mempunyai tempoh seperti berikut :

TEMPOH PENDAFTARAN PADU
03 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024

OBJEKTIF & MATLAMAT PADU 2024 REGISTRATION

Berikut merupakan objektif dan matlamat utama PADU yang diperkenalkan :

  • Objektif :
    • Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala.
    • Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
    • Membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.
  • Matlamat :
    • Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
    • Mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad.
    • Memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
    • Merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.

KEBERHASILAN PELAKSANAAN PADU 2024 REGISTRATION

  1. Meningkatkan Kecekapan Pengurusan : PADU memudahkan pengumpulan, penyimpanan dan pengurusan data daripada pelbagai sumber.
  2. Meningkatkan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan : PADU membolehkan Kerajaan menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap kepada rakyat.
  3. Pemantauan dan Penilaian Yang Tuntas : PADU membolehkan pemantauan dan penilaian yang berkesan terhadap pelaksanaan dasar negara.
  4. Penjimatan Sumber : Pengkalan data yang berintegrasi dan berpusat mampu menjimatkan sumber secara signifikan.

KELEBIHAN PADU REGISTRATION

Kepada yang mendaftar Sistem Pengkalan Data Utama (PADU) akan menerima kelebihan seperti berikut :

  1. DAPAT KAD NFC TOUCH N GO PERCUMA :
    • 3,000 individu yang mendaftar ke dalam sistem Pangkalan Data Utama layak mendapat kad Touch n’ Go NFC secara percuma.
  2. PROMOSI DISKAUN DI MYDIN :
    • Akan menikmati diskaun kad PADU di cawangan MYDIN.

KAEDAH PADU 2024 REGISTRATION

Terdapat dua (2) kaedah registration (pendaftaran) Sistem Pengkalan Data Utama seperti berikut :

  • Pendaftaran Secara Online menerusi Portal PADU :
  1. Sila layari Portal Rasmi PADU di sini : https://www.padu.gov.my/?fbclid=IwAR08hUPPv8CLNbiHhvXbxuKN-v17ZQJtDQ4a6mJQg5cJSF8Ds52aHWT4sec.
  2. Pada halama utama PADU, sila klik pada [DAFTAR SEKARANG].
  3. Isikan Maklumat Asas seperti ‘Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, Poskod dan E-Mel’ dan klik pada butang [Seterusnya].
  4. Masukkan kod One-Time Password (OTP) yang diterima melalui SMS / alamat e-mel yang telah didaftarkan.
  5. Isikan Kata Laluan mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
  6. Setelah selesai, imbas kos QR yang dipamerkan untuk membuat pengesahan identiti (e-KYC) bagi menyempurnakan pendaftaran akaun.
  7. Sila [Log Masuk] untuk mengemaskini maklumat. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  8. Ambil gambar Kad Pengenalan (depan & belakang).
  9. Kemudian, ambil gambar swafoto anda.
  10. Setelah berjaya mendaftar, anda akan menerima notifikasi melalui nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.
  11. Selesai.
  • Pendaftaran Secara Manual di Kaunter PADU :
  1. Anda hendaklah menghadirkan diri di Pejabat Daerah / Penghulu / MPKK / PBT / Pusat Ekonomi Digital / Pusat Internet Desa / Premis agensi Kerajaan Persekutuan / Negeri.
  2. Perlu membawa dokumen seperti :
    • Kad Pengenalan diri dan Salinan Kad pengenalan;
    • Maklumat Bank;
    • Sijil Pendidikan tertinggi dan Salinan;
    • Maklumat pekerjaan;
    • Maklumat pendapatan;
    • Maklumat Komitmen.
  3. Pastikan anda menerima OPT SMS / e-mel pengesahan pendaftaran dan perakuan maklumat profil.
  4. Anda boleh menggunakan paparan ‘Lupa Kata Laluan’ untuk menetapkan kata laluan bagi mengakses maklumat di Portal awam PADU.
  5. Selesai.

SENARAI KAUNTER PADU

Sila rujuk senarai kaunter untuk pendaftaran PADU di bawah :

  1. DIREKTORI DOSM NEGERI DAN PEJABAT OPERASI
  2. KAUNTER FIZIKAL PADU DI PEJABAT DAERAH
  3. KAUNTER FIZIKAL PEDI MENGIKUT NEGERI

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi PADU. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • MyGCC : 1-800-88-7720 (8.00 pagi hingga 6.00 petang)
  • Jabatan Perangkaan Malaysia : 1-800-88-7721 (7.30 pagi hingga 10.00 malam)
  • Aduan secara online melalui SiSPAA : https://padu.spab.gov.my (24 jam setiap hari)

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://padu.gov.my/

8 thoughts on “BANTUAN PADU 2024 REGISTRATION : CARA MOHON DI SINI”

Leave a Comment