TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024 : SEMAK SEKARANG
Sebuah inisiatif bantuan tambahan lanjutan kepada 8.7 juta rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang telah lulus permohonan akan layak untuk menerima Bantuan SARA, namun ia akan dibayar melalui tiga (3) kaedah yang berbeza mengikut kelayakan penerima.
Yang mana pembayaran secara ansur setiap bulan dan ansur dua (2) kali setahun telah dilaksanakan kepada penerima yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar, bakal dilaksanakan bayaran secara one-off (sekaligus) kepada penerima yang bukan Miskin atau Miskin Tegar.
Bilakah tarikh bayaran bantuan sara one off rm300 terbaru? Ikuti panduan semakan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PASTIKAN NAMA ANDA LAYAK MENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU : SEMAK PENERIMA SEKARANG
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024
Tentunya penerima yang layak menerima Bantuan SARA secara ansur setiap bulan dan dua (2) kali setahun telahpun mengetahui tarikh bayaran yang diterima, namun untuk penerima Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) akan menerima bayaran bermula pada tarikh 9 Disember 2024, Isnin.
JENIS BAYARAN | TARIKH PENERIMAAN |
---|---|
Secara one-off (sekaligus) | 9 Disember 2024 |
Secara ansur setiap bulan | 22 Januari 2024 hingga 1 Disember 2024 |
Secara ansur dua kali setahun | 19 Februari 2024 dan 12 September 2024 |
KAEDAH PENERIMAAN BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024
Penerimaan pembayaran Bantuan SARA one-off (sekaligus) adalah berbeza bagi setiap penerima kerana ianya bergantung kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif atau tiada akaun bank atau status penerima ‘Gagal Kredit’.
- Penerima ada akaun bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan.
- Penerima tiada akaun bank / Status ‘Gagal Kredit’ :
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.
KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024
Hanya individu yang memenuhi kelayakan di bawah akan menerima bayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) bernilai RM300 :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori ISI RUMAH;
- Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan;
- BUKAN penerima berstatus Miskin / Miskin Tegar yang berdaftar dalam pengkalan data e-Kasih.
SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024
Bagi individu yang telah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, kini boleh membuat semakan status bayaran Bantuan SARA secara one-off di pautan Portal Rasmi berikut :
- Sila layari pautan Portal Rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama akan dipaparkan, klik [TUTUP] pada iklan pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa tanda sengkang (-).
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Pada bahagian pengesahan, klik [Semak].
- [Frasa Keselamatan Pemohon] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] sekiranya frasa tersebut adalah betul.
- Masukkan [Kata Laluan] dengan betul.
- Klik pula pada butang [Log Masuk].
- Bahagian [Profil Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah (SARA) : LULUS] akan dipaparkan bersama jumlah yang akan diterima.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.