TARIKH BAYARAN DUIT SARA ONE OFF RM300 2024 TELAH DIUMUMKAN : SEMAK ONLINE
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Perdana Menteri ke-10 sekaligus Menteri Kewangan Malaysia telahpun mengumumkan tarikh bayaran Bantuan SARA seperti yang dijanjikan kepada 8 juta rakyat dan akan dilaksanakan secara one-off (sekaligus).
Bilakah tarikh bayaran duit sara one off rm300 2024? Ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK DUIT MASUK SARA ONE OFF RM300 : CHECK BAYARAN SEKARANG
TARIKH BAYARAN DUIT SARA ONE OFF RM300 2024 TELAH DIUMUMKAN
Berdasarkan pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri dalam Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF) telah menyatakan bahawa bayaran SARA secara one-off (sekaligus) akan dibuat berperingkat bermula pada 9 Disember 2024, Isnin ini.
CARA BAYARAN DUIT SARA ONE OFF RM300 2024
Cara pembayaran duit Bantuan SARA secara one-off adalah bergantung kepada penerima seperti berikut :
- Penerima tiada akaun bank :
- Duit Bantuan SARA RM300 boleh dituntut di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
- Penerima ada akaun bank :
- Duit Bantuan SARA RM300 akan dimasukkan ke dalam akaun bank mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
- Penerima status ‘Gagal Kredit’ :
- Duit Bantuan SARA RM300 boleh dituntut di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
WAKTU BAYARAN DUIT SARA ONE OFF RM300 2024
Untuk pembayaran duit Bantuan SARA ke dalam akaun bank, penerima perlu menunggu duit dimasukkan secara berperingkat selama tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja mengikut waktu seperti berikut :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam.
KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN DUIT SARA ONE OFF RM300 2024
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024;
- Berstatus Isi Rumah (berpasangan atau ibubapa tunggal);
- Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan;
- Bukan penerima SARA setiap bulan;
- Tiada dalam rekod data e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.