BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM1200 2025 : SEMAK STATUS SEKARANG
Golongan yang berpendapatan rendah adalah dinamakan sebagai B40. Golongan B40 akan menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan bagi sepanjang tahun 2025, termasuk Bantuan Barang Dapur yang berjumlah sehingga RM1,200.
Bagaimanakah semak status bantuan barang dapur b40 rm1200? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN DUIT SARA ONE OFF RM300 TELAH DIUMUMKAN : SEMAK ONLINE
PENGENALAN BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM1200 2025
Bantuan Barang Dapur telah diperkenalkan sejak Jun 2023 oleh Kerajaan Madani yang bertujuan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup sekaligus untuk membantu menempung harga barangan dapur yang diingin dibeli oleh rakyat yang berpendapatan rendah (B40).
CARA PENERIMAAN BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM1200
Penerimaan Bantuan Barang Dapur bukan secara fizikal barangan, kerajaan akan menyalurkan wang tunai ke dalam akaun yang dibuka berdasarkan nombor kad pengenalan (MyKad) yang boleh digunakan untuk pembelian barangan dapur secara tanpa tunai (cashless).
Setiap penerima yang layak akan menerima bantuan tunai RM100 setiap bulan selama tempoh 12 bulan sehingga RM1,200 setahun melalui pengkreditan ke dalam MyKad dan boleh digunakan di mana-mana kedai atau pasaraya untuk pembelian barang dapur.
SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR 2025
Berikut merupakan senarai barangan dapur yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan Barang Dapur RM1,200 :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
SEMAK STATUS BANTUAN BARANG DAPUR B40 2025
Terdapat dua (2) laman yang boleh digunakan untuk membuat semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Barang Dapur. Ikuti kedua-dua panduan semakan status di bawah :
Panduan Semakan Status Bantuan Barang Dapur 1 :
- Sila klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Panduan Semakan Status Bantuan Barang Dapur 2 :
- Sila layari laman semakan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.