TARIKH BAYARAN E WALLET RM300 2024 : CARA TEBUS & CLAIM
Hanya individu yang telah berdaftar serta disahkan lulus sahaja akan menerima Bantuan e-Wallet bernilai RM300 setiap bulan pada tarikh yang telah dijadualkan. Namun, terdapat bantuan tunai bernilai RM300 yang akan diberikan secara sekaligus.
Bilakah tarikh bayaran e wallet rm300 dan cara semakan? Ikuti panduan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF BILA MASUK : SEMAK TARIKH RASMI SEKARANG
APA ITU BANTUAN E WALLET RM300
Bantuan e-Wallet yang bernilai RM300 telah diperkenalkan di bawah Program BINGKAS yang bertujuan untuk membantu menampung kos perbelanjaan keperluan asas setiap bulan yang hanya terhad kepada penduduk di Selangor sahaja.
Dan bantuan tunai SARA yang bernilai RM300 akan diberikan kepada semua 8 juta inidvidu yang berada di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta berstatus Bukan Miskin dan Miskin Tegar secara terus sekaligus melalui pengkreditan tunai.
BILAKAH TARIKH BAYARAN E WALLET RM300 2024
Tarikh pembayaran Bantuan e-Wallet yang bernilai RM300 adalah berbaza bagi setiap individu kerana ianya mengikut tarikh kelulusan permohonan antara 5 hingga ke 15 hari bulan pada setiap bulan. Namun, tarikh bayaran Bantuan tunai SARA bernilai RM300 akan disalurkan sekaligus pada 9 Disember 2024, Isnin.
JENIS BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Bantuan e-Wallet | 5 – 7 hari bulan setiap bulan |
Bantuan Tunai SARA | 9 Disember 2024 |
BAGAIMANAKAH CARA BAYARAN E WALLET RM300 2024
Cara bayaran Bantuan e-Wallet adalah secara tanpa tunai ke dalam akaun aplikasi e-Wallet Selangkah dan penerima tidak boleh mengeluarkan tunai. Namun, pembayaran bantuan tunai RM300 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima atau diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
JENIS BANTUAN | CARA BAYARAN |
---|---|
Bantuan e-Wallet | Dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam akaun aplikasi e-Wallet |
Bantuan Tunai SARA | Dikreditkan secara tunai ke dalam akaun bank penerima |
SEMAKAN KELAYAKAN BAYARAN E WALLET RM300 2024
Untuk mengetahui status kelayakan penerima bayaran Bantuan e-Wallet dan Bantuan Tunai SARA, ikuti cara semakan pada pautan rasmi di bawah :
- Panduan Semakan Kelayakan Bayaran Bantuan e-Wallet RM300 :
- Sila klik pada pautan portal semakan di sini : https://bingkasselangor.com/.
- Pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
- Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
- Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Semakan Kelayakan Bayaran Bantuan SARA RM300 :
- Sila klik pada pautan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan nombor Mykad pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada [Pautan Portal Rasmi MyKasih] di bawah.
- Bahagian semakan status akan dipaparkan.
- Sila masukkan nombor MyKad* dan klik butang [Semakan Status].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS & SARA. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline BINGKAS : 1-800-22-6600 & Talian hotline SARA : (603) 7720 1800.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara & https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim.