TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024 : SEMAK SEKARANG

TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024 : SEMAK SEKARANG

Bantuan SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan bantuan wang tambahan kepada 60 peratus (%) rakyat dewasa yang berpendapatan rendah dan sederhana merangkumi isi rumah, warga emas dan juga bujang.

Bilakah tarikh bayaran sara one off rm300 dan cara semakan terbaru? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN MYKAD MADANI RM1200 : SEMAK STATUS KELAYAKAN

PENGENALAN SARA ONE OFF TERBARU 2024

Secara umumnya Bantuan SARA diperkenalkan sebagai bantuan tambahan kepada penerima Bantuan STR yang dibayar kepada penerima melalui tiga (3) kaedah yang berbeza bagi setiap kelayakan penerima iaitu secara ansur setiap bulan, ansur dua (2) kali setahun dan secara one-off (sekaligus).

Bagi penerima yang berstatus miskin dan miskin tegar di Semenanjung Malaysia akan dibayar secara ansur setiap bulan, bagi penerima yang berstatus miskin dan miskin tegar di Sabah dan Sarawak pula dibayar ansur dua kali setahun dan penerima bukan miskin di seluruh Malaysia pula dibayar secara one-off (sekaligus).

TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024

Berdasarkan siaran media Kementerian Kewangan (MOF), Perdana Menteri telahpun mengumumkan tarikh pembayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) kepada penerima bukan miskin dan miskin tegar bermula pada 9 Disember 2024, Isnin.

TARIKH BAYARAN
SARA ONE OFF
Bermula 9 Disember 2024, Isnin

CARA BAYARAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024

Pembayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) adalah melalui dua (2) cara, iaitu :

  • Penerima ada akaun bank :
    • Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima / pasangan.
  • Penerima tiada akaun bank :
    • Dibayar secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

AMAUN BAYARAN SARA ONE OFF TERBARU 2024

Tidak semua penerima akan menerima amaun bayaran Bantuan SARA secara one-off bernilai RM300, namun bayaran adalah mengikut kategori seperti berikut :

  • Isi Rumah : RM300.
  • Bujang : RM150.
  • Warga Emas : RM150.

SEMAKAN BAYARAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024

Ikuti cara semakan bayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  7. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  8. Masukkan kata laluan yang betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.

1 thought on “TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024 : SEMAK SEKARANG”

Leave a Comment