TARIKH RASMI TEBUS SARA ONE OFF RM300 2024 TELAH DIUMUMKAN : CLAIM SEKARANG
Hanya individu yang merupakan Warganegara Malaysia serta melepasi syarat serta kriteria yang ditetapkan sahaja akan layak untuk menerima atau tebus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off (sekaligus) pada tarikh yang telah diumumkan.
Bilakah tarikh rasmi tebus sara one off rm300 2024? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA MEMOHON BANTUAN EKASIH RM100 SEBULAN : DAFTAR SEKARANG
TARIKH RASMI TEBUS SARA ONE OFF RM300 2024 TELAH DIUMUMKAN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan tarikh rasmi bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off (sekaligus) iaitu akan bermula pada 9 Disember 2024, Isnin dengan kadar yang ditetapkan setiap penerima.
PERKARA | TARIKH |
---|---|
Bayaran Bantuan SARA One-Off | 9 Disember 2024, Isnin |
CARA RASMI TEBUS SARA ONE OFF RM300 2024
Terdapat dua (2) cara bayaran atau tebus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off (sekaligus), iaitu dengan :
JENIS PENERIMA | CARA TEBUS / TERIMA BAYARAN SARA ONE OFF |
---|---|
Penerima Tiada Akaun Bank | Perlu dituntut di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
Penerima Ada Akaun Bank | Perlu menunggu bantuan dikreditkan ke dalam akaun bank mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
JUMLAH INDIVIDU LAYAK TEBUS SARA ONE OFF 2024
Kerajaan telah mengira peruntukan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) hanya layak untuk terima oleh seramai jumlah berikut sahaja :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH |
---|---|
Isi Rumah (RM300) | 3.5 juta (ketua isi rumah) |
Bujang (RM150) | 4.5 juta (individu bujang) |
SEMAKAN KELAYAKAN MENERIMA SARA ONE OFF 2024
Untuk mengetahui kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off (sekaligus), ikuti cara semakan di bawah :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.