TEBUS E WALLET RM100 MADANI 2023 GUNA TOUCH N GO : CLAIM ONLINE

TEBUS E WALLET RM100 MADANI 2023 GUNA TOUCH N GO : CLAIM ONLINE

Bantuan e-Wallet merupakan inisiaitif bantuan di bawah kerangka Ekonomi Madani iaitu Program eMADANI yang disambungkan daripada kejayaan program eBeliaRahmah. Bantuan ini mempunyai tiga (3) objektif utama iaitu untuk membantu rakyat, untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil dan serdahana (PMKS) dan untuk menggalakkan pembelian pembayaran secara tanpa tunai (cashless) di kedai fizikal.

Dijangka seramai lebih 10 juta rakyat Malaysia yang akan menerima manfaat Bantuan e-Wallet kali ini. Bantuan ini akan dikreditkan ke dalam aplikasi yang terpilih; contoh Touch ‘n Go e-Wallet (terdapat empat (4) aplikasi e-dompet yang bekerjasama untuk menjayakan program ini). Justeru, pihak kerajaan membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan untuk menuntut / tebus bantuan ini.

Bagaimanakah cara tebus e wallet rm100 madani 2023 guna touch n go? Ikuti cara tebus yang lengkap di sini.

BACA JUGA : E WALLET RM100 SEMAKAN : CHECK SEKARANG

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Untuk menebus / menuntut Bantuan e-Wallet RM100 MADANI, pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023 ; dan
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ; atau
  • Mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut adalah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023.

TEMPOH TEBUS / PERBELANJAAN

Bantuan e-Wallet RM100 MADANI mempunyai tempoh masa untuk tebus dan untuk berbelanja mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut :

  • Tempoh tuntutan : 4 Disember 2023 – 20 Februari 2024.
  • Tempoh perbelanjaan : 4 Disember 2023 – 29 Februari 2024.

PENGGUNAAN BANTUAN E WALLET RM100 MADANI 2023

Bantuan e-Wallet RM100 MADANI hanya boleh dibelanjakan secara fizikal sahaja di kedai terpilih dan TIDAK boleh digunakan untuk :

  • Pengeluaran tunai.
  • Pemindahan wang.
  • RFID & PayDirect di pintu tol.
  • Urusniaga dalam talian, termasuk peniaga luar negara.
  • Bayaran bil, prabayar, pascabayar dan kredit game.

TEBUS E WALLET RM100 MADANI 2023 GUNA TOUCH N GO

Ikuti cara tebus Bantuan e-Wallet RM100 MADANI dengan menggunakan aplikasi Touch ‘n Go e-Wallet seperti berikut :

  1. Sila buka aplikasi [Touch ‘n Go e-Wallet] di dalam telefon bimbit anda.
  2. Kemudian, klik pada [Claim your RM100 eMADANI credit now!] pada bahagian halaman utama (HOME).
  3. Anda akan dipaparkan pada Baucar yang ditawarkan.
  4. Tandakan [/] sekiranya anda setuju dengan Terma & Syarat yang ditetapkan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Tuntut Sekarang!].
  6. Kemudian, anda akan dipaparkan bahagian Mykad, sila semak butiran Mykad anda.
  7. Tandakan [/] sekiranya anda setuju bahawa data anda akan dikongsi dengan pihak ketiga.
  8. Klik butang [Teruskan].
  9. Isikan semua maklumat yang diperlukan seperti :
    • [Alamat],
    • [Tahap Pelajaran],
    • [Jenis Pekerjaan],
    • [Anggaran Gaji Kasar].
  10. Seterusnya, tanda [/] setuju dan [Hantar].
  11. ‘Tuntutan eMADANI anda akan diproses’.
  12. Selesai.

*Pengesahan dan kelulusan mengambil masa sehingga (5) hari selepas anda membuat tuntutan / tebus.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan e-Wallet RM100 MADANI di dalam aplikasi Touch ‘n Go e-Wallet, sila hubungi pihak berwajib seperti di bawah :

Talian Hotline Touch ‘n Go eWallet : +603-2714 8888.

Pihak kami hanya berkongsi maklumat di atas sahaja untuk memudahkan carian panduan. Semoga bermanfaat.

Leave a Comment