E WALLET RM100 SEMAKAN 2024 : CHECK SEKARANG
Untuk pengetahuan umum, seramai 10 juta rakyat Malaysia yang berkelayakan akan menerima inisiatif bantuan e-Wallet sebanyak RM100. Di bawah kerangka Ekonomi Madani (eMADANI) yang bertujuan untuk meningkatkan penggunaan pembelian secara tanpa tunai di kedai fizikal. Disamping itu juga, dapat membantu rakyat yang memerlukan terutama golongan B40 dan M40.
Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (rewards points) dan ‘coins’.
Bagaimanakah cara semakan e-Wallet RM100 2024? Ikuti panduan cara semakan di sini.
BACA JUGA : EMADANI SEMAKAN : CHECK BANTUAN RM100 SEKARANG
CARA KREDIT E WALLET
Bantuan e-Wallet RM100 akan dikreditkan ke dalam aplikasi yang menyediakan perkhidmatan e-dompet yang terlibat iaitu MAE Maybank, ShopeePay, TnG e-Wallet, dan Setel Petronas.
TARIKH SEMAKAN KREDIT E WALLET
Bermula 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024 adalah tarikh untuk membuat tebusan dan semakan Bantuan e-Wallet RM100 di dalam aplikasi terpilih.
SYARAT KELAYAKAN TEBUS RM100
Untuk menebus Bantuan e-Wallet RM100, hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 tahun dan ke atas pada tahun 2023.
- Jumlah pendapatan setahun tidak melebihi RM100,000.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Dalam kategori B40 dan M40.
- Bukan penerima eBeliaRahmah.
E WALLET RM100 SEMAKAN
Ikuti cara tebus dan semakan Bantuan eMADANI RM100 2023 seperti di bawah :
- Sila pilih salah satu antara empat (4) aplikasi yang dinyatakan di atas.
- Sekiranya masih belum ada, sila muat turun di apps store / play store dalam telefon bimbit anda.
- Seterusnya, daftar akaun dan isikan semua maklumat yang diperlukan dengan betul.
- Kemudian, lihat di halaman utama aplikasi akan dipaparkan [Ready to claim eMADANI RM100] pada bahagian [HOME].
- Kemudian klik pada butang [RM100 eMADANI].
- Pilih [Claim Now].
- Seterusnya buat pengesahan dengan menekan butang [VERIFY].
- Pilih ID Pengenalan Pemohon [Nombor Kad Pengenalan].
- Muat naik gambar hadapan kad pengenalan pemohon.
- Seterusnya, masukkan gambar (Selfie) pemohon.
- Sila pastikan semua butiran anda tepat dan betul sebelum menekan butang [Continue].
- Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan sah.
- Kemudian klik [Submit].
- Pemohon yang berjaya akan menerima notifikasi “eMadani Claim Approved”.
- Anda akan menerima kredit RM100 di dalam aplikasi tersebut.
- Selesai.
*Selepas selesai tebus, anda boleh semak baki di dalam aplikasi tersebut.
SENARAI TRANSAKSI YANG TIDAK VALID UNTUK DIGUNAKAN DENGAN E WALLET RM100
Bantuan e-Wallet MADANI RM100 hanya boleh digunakan secara pembayaran fizikal Kod QR sahaja, anda berikut merupakan senarai transaksi yang tidak boleh digunakan :
- Membuat pindahan ke akaun lain.
- Membuat pengeluaran tunai.
- Membayar bil utiliti.
- Membayar mana-mana saman.
- Membayar bil pospaid atau prepaid.
- Pembelian games.
- Pembayaran parking atau tol.
- dan lain-lain RUJUK aplikasi yang digunakan.
Bantuan ewallet madani