SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR RM150 FASA 3 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR RM150 FASA 3 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Selain bantuan tunai STR, kerajaan juga turut menyalurkan bantuan tunai tambahan yang diberikan khas kepada penerima STR supaya rakyat yang berpendapatan rendah terus mendapat bantuan yang sewajarnya dan cukup untuk menampung kos sara hidup.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan tambahan str rm150 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN BULANAN MYKAD RM150 : SEMAK STATUS SEKARANG

JADUAL PENYALURAN BANTUAN TAMBAHAN STR RM150 FASA 3 2024

Berikut merupakan jadual penyaluran Bantuan Tambahan STR bagi fasa yang ketiga (3) :

JENIS BANTUANTARIKH PENYALURAN
Bantuan STRBermula 29 Ogos 2024
hingga 20 September 2024
Bantuan Tambahan STRBermula 1 September 2024

JUMLAH PENYALURAN BANTUAN TAMBAHAN STR FASA 3 2024

Jumlah penyaluran adalah tertakluk kepada kelayakan penerima seperti berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BANTUAN STR
DAN TAMBAHAN
Isi Rumah B40Tiada Anak : RM150+RM100 = RM250.
1 – 2 Anak : RM350+RM100 = RM450.
3 – 4 Anak : RM500+RM100 = RM600.
5 ke atas : RM650+RM100 = RM750.
Isi Rumah M40Tiada Anak : RM150.
1 – 2 Anak : RM200.
3 – 4 Anak : RM250.
5 ke atas : RM300.
  • KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BANTUAN STR
DAN TAMBAHAN
Bujang BeliaRM50 + RM50 = RM100.
Bujang Warga EmasRM150 + RM100 = RM250.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN TAMBAHAN STR FASA 3 2024

Penyaluran Bantuan Tambahan STR bagi fasa tiga (3) adalah melalui kaedah seperti berikut :

JENIS BANTUANKAEDAH PENYALURAN
Bantuan STRDisalurkan secara tunai ke dalam
akaun bank penerima atau
diberikan secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional.
Bantuan Tambahan STRDisalurkan secara tanpa tunai ke
dalam akaun kad pengenalan
penerima.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR RM150 FASA 3 2024

Ikuti cara semakan nama penerima Bantuan Tambahan STR RM150 fasa tiga (3) seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi STR LHDNMhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi STR LHDNM di atas.
  2. Pada halaman utama STR, masukkan nombor Mykad tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Tambahan].
  9. Status penerima bantuan tambahan akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf.

Leave a Comment