SEMAKAN MYKASIH 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Mengambil kira sambutan program MyKasih yang menggalakkan pada tahun lalu, Kerajaan juga telah meluaskan pemberian bantuan kepada lebih ramai penerima bantuan melalui MyKasih serta menaikkan kadar nilai bantuan sehingga RM1,200 berbanding tahun lalu hanya RM600.
Bagaimanakah semakan mykasih? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN RM100 SEBULAN : CHECK SEKARANG
APA ITU MYKASIH
MyKasih Foundation merupakan organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin. Kini Kerajaan turut menyalurkan bantuan melalui MyKasih iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
CARA AGIHAN BANTUAN MYKASIH 2024
Bantuan MyKasih akan diagihkan kepada penerima mengikut negeri dan kategori seperti cara berikut :
- Penerima daripada Semenanjung Malaysia :
- Akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima seperti jadual berikut :
KATEGORI | CARA AGIHAN |
---|---|
Isi Rumah, Warga Emas & Bujang status Miskin Tegar | -Isi Rumah & Warga Emas akan menerima RM100 setiap bulan selama 12 bulan. -Bujang akan menerima RM50 setiap bulan selama 12 bulan. |
Isi Rumah, Warga Emas & Bujang status Miskin eKasih | -Isi Rumah & Warga Emas akan menerima RM100 setiap bulan selama 12 bulan. -Bujang akan menerima RM50 setiap bulan selama 12 bulan. |
Isi Rumah, Warga Emas & Bujang status Asas (Bukan Miskin / Miskin Tegar) | Akan diberitahu dari semasa ke semasa dalam masa terdekat. |
- Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan :
- Akan diagihkan secara tunai / melalui Bank Simpanan Nasional seperti jadual berikut :
KATEGORI | CARA AGIHAN |
---|---|
Isi Rumah, Warga Emas & Bujang status Miskin Tegar | -Isi Rumah & Warga Emas akan menerima RM600 (2 kali setahun). -Bujang akan menerima RM300 (2 kali setahun). |
Isi Rumah, Warga Emas & Bujang status Miskin eKasih | -Isi Rumah & Warga Emas akan menerima RM600 (2 kali setahun). -Bujang akan menerima RM300 (2 kali setahun). |
Isi Rumah, Warga Emas & Bujang status Asas (Bukan Miskin / Miskin Tegar) | Akan diberitahu dari semasa ke semasa dalam masa terdekat. |
KADAR BANTUAN MYKASIH 2024
Bantuan MyKasih akan diagihkan mengikut kategori kelayakan seperti kadar berikut :
KATEGORI | KADAR BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah, Warga Emas & Bujang status Miskin Tegar | -Isi Rumah : RM1,200. -Warga Emas : RM1,200. -Bujang : RM600. |
Isi Rumah, Warga Emas & Bujang status Miskin eKasih | -Isi Rumah : RM1,200. -Warga Emas : RM1,200. -Bujang : RM600. |
Isi Rumah, Warga Emas & Bujang status Asas (Bukan Miskin / Miskin Tegar) | -Isi Rumah : RM300. -Warga Emas : RM150. -Bujang : RM150. |
SEMAKAN MYKASIH 2024
Untuk semakan status hendaklah melalui Portal Rasmi Mykasih seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila hubungi pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.
Bagus
Kg bukit chengai mk rambai 06760 pendang kedah
Semakkan status
Bantuan tunai