BANTUAN BARANG DAPUR B40 2024 : SEMAK SEKARANG
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan amat menitik beratkan rakyat terutamanya rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Justeru itu, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian bantuan barang dapur kepada golongan B40.
Bagaimanakah semak bantuan barang dapur b40? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN STR BUJANG FASA 1 : CHECK SEKARANG
JUMLAH PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR B40
Berikut merupakan jumlah penerima yang telah dinaikkan berbanding tahun lalu :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PENERIMA 2023 | JUMLAH PENERIMA 2024 |
---|---|---|
Status Miskin Tegar : i. Isi Rumah berpasangan / Ibu Bapa Tunggal yang mempunyai anak. ii. Warga Emas Tiada Pasangan. iii. Bujang | 0.2j | 0.2j |
Status Miskin : i. Isi Rumah berpasangan / Ibu Bapa Tunggal yang mempunyai anak. ii. Warga Emas Tiada Pasangan. iii. Bujang | 0 | 0.5j |
Status BUKAN Miskin / Miskin Tegar : i. Isi Rumah berpasangan / Ibu Bapa Tunggal yang mempunyai anak. ii. Warga Emas Tiada Pasangan. iii. Bujang | 0 | 5.6j |
AMAUN BANTUAN BARANG DAPUR B40 2024
Pemberian bantuan barang dapur adalah mengikut amaun kelayakan kategori penerima seperti berikut :
- Kategori Miskin Tegar :
KATEGORI | AMAUN BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah : i. Berpasangan; atau ii. Ibu / Bapa Tunggal yang mempunyai anak. | RM1,200 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,200 |
Bujang | RM600 |
- Kategori Miskin :
KATEGORI | AMAUN BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah : i. Berpasangan; atau ii. Ibu / Bapa Tunggal yang mempunyai anak. | RM1,200 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,200 |
Bujang | RM600 |
- Kategori Asas (Bukan Miskin / Miskin Tegar) :
KATEGORI | AMAUN BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah : i. Berpasangan; atau ii. Ibu / Bapa Tunggal yang mempunyai anak. | RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
SENARAI BARANG DAPUR B40
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu :
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak masak
- Tepung
- Biskut
- Mi segera
- Minuman
- Makanan dalam tin
- Bahan perasa
- Produk kebersihan
- Ubat-ubatan;dan
- Barangan persekolahan.
CARA TEBUS BANTUAN BARANG DAPUR
Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli barangan keperluan asas. MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas. Berikut adalah cara pembelian barang dapur dengan bantuan :
BIL. | CARA-CARA |
---|---|
1. | Pilih Barangan Keperluan Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. |
2. | Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan. |
3. | Imbas Kod Barangan Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. |
4. | Bayar Menggunakan MyKad Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. |
5. | Simpan Resit Untuk Semakan Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian. |
BANTUAN BARANG DAPUR B40 2024
Ikuti cara semakan status penerima bantuan barang dapur seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila hubungi pihak berwajib seperti berikut :
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.