CHECK BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Pembayaran terakhir iaitu fasa keempat (4) Bantuan Tunai STR pada tahun 2024 akan mula dibayar pada hari ini (7 November 2024, Khamis) secara berperingkat kepada seramai 8.5 juta penerima sedia ada termasuk 0.2 juta penerima baharu dan rayuan yang berstatus layak.
Bagaimanakah check bayaran bantuan tunai str fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STR FASA 4 : CHECK STATUS SEKARANG
TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024
Kesemua penerima sedia ada, baharu dan rayuan yang disahkan status akan menerima pembayaran Bantuan Tunai STR fasa empat (4) mengikut tarikh seperti berikut :
JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN | TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 |
---|---|---|
Tiada akaun bank | Secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) | Mulai 7 November 2024 |
Mempunyai akaun bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima | 7 November 2024 hingga 14 November 2024 |
Tambahan tunai STR Secara on-off | 9 Disember 2024 |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024
Masing-masing penerima akan menerima jumlah bayaran Bantuan Tunai STR fasa empat (4) mengikut kategori kelayakan seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 | TAMBAHAN STR |
---|---|---|
Isi Rumah (Pendapatan bawah RM2,500) | 0 anak : RM200. 1-2 anak : RM350. 3-4 anak : RM500. 5 ke atas : RM700. | +RM300 |
Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000) | 0 anak : RM150. 1-2 anak : RM200. 3-4 anak : RM250. 5 ke atas : RM350. | +RM300 |
Warga Emas (Bujang) | RM150. | +RM150 |
Bujang (Umur 21 hingga 59 tahun) | RM100. | +RM150 |
BILANGAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024
Berikut adalah bilangan penerima yang layak menerima bayaran Bantuan Tunai STR fasa empat (4) :
KATEGORI PENERIMA | BILANGAN PENERIMA | IMPLIKASI KEWANGAN (RM) |
---|---|---|
Isi Rumah (Pendapatan bawah RM2,500) | 3.0 juta | 1.0 billion |
Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000) | 1.0 juta | 0.2 billion |
Warga Emas (Bujang) | 1.3 juta | 0.2 billion |
Bujang (Umur 21 hingga 59 tahun) | 3.4 juta | 0.3 billion |
CHECK BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024
Untuk mengetahui status bayaran Bantuan Tunai STR bagi fasa keempat, sila check / semak pada pautan rasmi seperti panduan di bawah :
- Sila layari pautan Laman Rasmi STR 2024 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pemakluman semasa pada halaman utama akan dipaparkan, klik butang [TUTUP].
- Masukkan [No. Kad Pengenalan] mengikut format tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Pada bahagian seterusnya, klik butang [Semak].
- [Frasa Keselamatan] pemohon akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] sekiranya frasa tersebut adalah betul.
- Masukkan [Kata Laluan] yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.