SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD 2025 : CHECK SEKARANG
Terkini : Dalam peruntukan Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini telah menyatakan bahawa Kerajaan akan meluaskan lagi pemberian Bantuan MyKAD supaya lebih ramai rakyat dewasa Malaysia yang memerlukan dapat menikmati manfaat daripada Bantuan MyKAD.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan 1200 mykad? Ikuti panduan dan ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD MADANI RM1200 : CHECK SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN MYKAD 2025
Bantuan MyKAD telah diperkenalkan di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) khas untuk rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan rendah melalui pengkreditan dalam Kad Pengenalan (MyKAD) yang membolehkan bantuan diagihkan dengan cara yang cekap, telus dan selamat, tanpa sebarang ketirisan.
BILANGAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 2025
Berdasarkan rekod pada tahun 2024, bilangan penerima Bantuan MyKAD hanyalah seramai 0.7 juta yang berpendapatan rendah sahaja. Namun pada tahun 2025, kerajaan akan meluaskan kepada seramai 5.4 juta rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.
KADAR JUMLAH BANTUAN MYKAD 2025
Jumlah Bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKAD adalah tertakluk kepada kelayakan setiap kategori seperti berikut :
- 0.7 Juta Penerima Sedia Ada :
KATEGORI PENERIMA | KADAR JUMLAH BANTUAN MYKAD |
---|---|
ISI RUMAH | RM1,200 |
WARGA EMAS | RM1,200 |
BUJANG | RM600 |
- 4.7 Juta Penerima Baharu :
KATEGORI PENERIMA | KADAR JUMLAH BANTUAN MYKAD |
---|---|
ISI RUMAH | RM900 |
WARGA EMAS | RM450 |
BUJANG | RM0 |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 2025
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan MyKAD pada tahun 2025 :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Warga Emas atau Bujang.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD 2025
Seramai 5.4 juta penerima yang dipilih boleh mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKAD pada tahun 2025 melalui semakan status di Portal Rasmi seperti panduan di bawah :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi Semakan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor MyKAD] tanpa tanda sengkang (-).
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Bahagian pengesahan akan dipaparkan, klik butang [Semak].
- Sekiranya, [Frasa Keselamatan Pemohon] yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Klik pula pada butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.