SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA ONE OFF RM150 FASA 4 2024 : CHECK SEKARANG
Seramai lebih 8.0 juta individu yang terpilih layak menerima Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) namun berdasarkan rekod data penerima, hanya 4.5 juta sahaja individu yang akan menerima Bantuan SARA bernilai RM150.
Bagaimanakah semakan status bantuan sara one off rm150 fasa 4? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD : CHECK SEKARANG
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF RM150 FASA 4 2024
Pembayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) yang bernilai RM150 kepada 4.5 juta individu yang layak adalah bermula pada tarikh 9 Disember 2024, Isnin dan berperingkat dijangka berlangsung selama tempoh tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF RM150 2024 |
---|
Bermula 9 Disember 2024, Isnin |
CARA BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF RM150 FASA 4 2024
Terdapat dua (2) cara pembayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) yang bernilai RM150 kepada 4.5 juta individu, iaitu :
- Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN); atau
- Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM150 FASA 4 2024
Hanya individu yang berkelayakan seperti berikut layak menerima Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) bernilai RM150 :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori bujang; dan
- Tiada dalam rekod pengkalan Data Kemiskinan Nasional e-Kasih.
SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA ONE OFF RM150 FASA 4 2024
Ikuti panduan semakan status Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) bernilai RM150 di sini :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan‘ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah RM150] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.
Bantuan sara