SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 2024 : SEMAK SEKARANG
Nilai bantuan sebanyak RM1,200 yang dimasukkan ke dalam Mykad adalah merupakan nilai tertinggi setakat ini. Ia dijangka dapat membantu meringankan bebanan dalam golongan yang berpendapatan di bawah RM2,500 sebulan.
Bagaimanakah semak senarai nama penerima bantuan mykad rm1200? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK PENERIMA MYKASIH TERKINI : SEMAK SEKARANG
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 2024
Pemberian bantuan tunai RM1,200 ke dalam Mykad adalah terhad kepada yang memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 21 tahun dan ke atas;
- Status berkahwin atau ibubapa tunggal;
- Pendapatan di bawah RM2,500 sebulan;
- Beralamat dan menetap di Semenanjung Malaysia;
- Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah; dan
- Berdaftar dengan eKasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar.
CARA TEBUS BANTUAN DALAM MYKAD RM1200 2024
Penebusan bantuan dalam Mykad RM1200 hanya boleh dilakukan sekiranya telah diluluskan. Berikut merupakan cara tebus bantuan dalam Mykad :
- Sila kunjungi kedai terpilih berhampiran anda (rujuk di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list).
- Kemudian, pilih barangan keperluan asas mengikut 13 kategori yang telah ditetapkan (contoh : beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan).
- Seterusnya, di kaunter bayaran ‘tunjukan Mykad anda’ kepada juruwang untuk membuat pengesahan penerima bantuan.
- Kemudian, juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang anda pilih mengikut kategori yang diluluskan.
- Anda perlu memasukan 6 digit PIN MyKad anda untuk pengesahan transaksi pembelian.
- Sila simpan resit untuk semakan transaksi pembelian dan nilai baki.
MAKLUMAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 2024
Penerima yang telah disahkan layak akan menerima makluman daripada pihak penyaluran bantuan ke dalam Mykad seperti berikut :
- Sesetengah penerima yang layak akan menerima surat pemakluman mengikut alamat yang didaftarkan; atau
- Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) akan dihantar mengikut nombor telefon yang didaftarkan mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini; atau
- Sekiranya tiada apa-apa pemakluman yang diterima, pemohon boleh membuat semakan status di portal rasmi bantuan.
SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 2024
Ikuti cara semakan senarai nama penerima yang layak bantuan Mykad RM1,200 seperti berikut :
- Sila klik pada pautan rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySara (dalam Mykad). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/.