SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RAKYAT 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG
Taraf ekonomi rakyat haruslah seiring dengan kos sara hidup. Namun, peningkatan kos sara hidup pastinya menjadi beban kepada rakyat yang berpendapatan rendah. Oleh itu, Kerajaan menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi rakyat dengan menyalurkan pelbagai bantuan tunai kepada yang memerlukan.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan tunai rakyat? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN B40 TERBARU : CHECK SEKARANG
PERUNTUKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RAKYAT 2024
Dalam belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri bahawa peruntukan bantuan tunai kepada rakyat adalah sebanyak RM10 billion khas untuk 9 juta rakyat yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk menerima bantuan tunai ini.
JUMLAH AGIHAN BANTUAN TUNAI RAKYAT 2024
Pengagihan bantuan tunai kepada rakyat adalah mengikut jumlah seperti berikut :
- Bujang / Balu / Duda / Janda yang tiada anak :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Bujang Miskin | RM350 + RM600 = RM950 |
Bujang Bukan Miskin | RM350 + RM150 = RM500 |
- Warga Emas tiada pasangan :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Warga Emas Miskin | RM600 + RM1,200 = RM1,800 |
Warga Emas Bukan Miskin | RM600 + RM150 = RM750 |
- Isi Rumah berkeluarga / Ibubapa tunggal (pendapatan RM2,500 ke bawah) :
BILANGAN ANAK | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Tiada Anak | RM1,000 + RM1,200 = RM2,200 / RM1,000 + RM300 = RM1,300 |
1 hingga 2 Anak | RM1,500 + RM1,200 = RM2,700 / RM1,500 + RM300 = RM1,800 |
3 hingga 4 Anak | RM2,000 + RM1,200 = RM3,200 / RM2,000 + RM300 = RM2,300 |
5 ke atas | RM2,500 + RM1,200 = RM3,700 / RM2,500 + RM300 = RM2,800 |
- Isi Rumah berkeluarga / Ibubapa tunggal (pendapatan RM2,501 hingga RM5,000) :
BILANGAN ANAK | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Tiada Anak | RM500 + RM300 = RM800 |
1 hingga 2 Anak | RM750 + RM300 = RM1,050 |
3 hingga 4 Anak | RM1,000 + RM300 = RM1,300 |
5 ke atas | RM1,250 + RM300 = RM1,550 |
PROSES AGIHAN BANTUAN TUNAI RAKYAT 2024
Pengagihan bantuan tunai rakyat terbahagi kepada dua iaitu :
NILAI BANTUAN | PROSES AGIHAN |
---|---|
RM350 hingga RM2,500 (Bujang, Warga Emas dan Isi Rumah) | Akan diagihkan kepada penerima Melalui akaun bank penerima Atau secara tunai di kaunter BSN. |
RM150 hingga RM1,200 (Tambahan bantuan) | Akan diagihkan melalui kad pengenalan penerima atau secara tunai ke dalam akaun bank. |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RAKYAT 2024
Ikuti cara semakan nama penerima yang layak di pautan rasmi seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Semakan Bantuan Tunai rakyat | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan semakan di atas.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Belanjawan 2024. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di pautan ini :
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.