SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAKYAT FASA 3 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAKYAT FASA 3 2024 : CHECK SEKARANG

Pengagihan bantuan tunai kepada rakyat bakal memasuki fasa ketiga pada tahun ini. Bantuan tunai yang disalurkan secara berfasa ini adalah kerana ia merupakan hasil daripada penjimatan penyasaran semula subsidi oleh Kerajaan.

Bagaimanakah semakan bantuan tunai rakyat fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RAKYAT : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

APA ITU BANTUAN TUNAI RAKYAT

Bantuan Tunai Rakyat atau rasminya STR adalah merupakan bantuan yang disalurkan secara tunai kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan memerlukan. Bantuan ini disalurkan bertujuan untuk membantu rakyat meringankan bebanan dan meneruskan kelangsungan kehidupan.

BILAKAH TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAKYAT FASA 3 2024

Bantuan Tunai Rakyat bagi fasa ketiga akan dibayar kepada penerima mengikut tarikh berikut :

PERKARATARIKH
Bantuan Tunai Rakyat
Fasa 3
Bermula seawal
bulan Ogos 2024

BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAKYAT FASA 3 2024

Jumlah bayaran Bantuan Tunai Rakyat bagi fasa ketiga adalah seperti berikut :

  • Isi Rumah Pendapatan RM0 hingga RM2,500 :
BIL. ANAK /
JUMLAH BAYARAN
FASA 1FASA 2FASA 3
Tiada AnakRM500RM150RM***
1 hingga 2 AnakRM500RM300RM***
3 hingga 4 AnakRM500RM500RM***
5 ke atasRM500RM650RM***
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
BIL. ANAK /
JUMLAH BAYARAN
FASA 1FASA 2FASA 3
Tiada AnakRM100RM100RM***
1 hingga 2 AnakRM150RM200RM***
3 hingga 4 AnakRM250RM250RM***
5 ke atasRM300RM300RM***
  • Warga Emas (tiada pasangan) Pendapatan RM5,000 ke bawah :
FASA 1FASA 2FASA 3
RM150RM150RM***
  • Bujang Pendapatan RM2,500 ke bawah :
FASA 1FASA 2FASA 3
RM100RM100RM***

SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAKYAT FASA 3 2024

Untuk mengetahui jumlah serta tarikh yang bakal diterima, sila semak di portal rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi semakan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status penerima serta jumlah bantuan akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di pautan ini :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment