TEMPOH PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 2024 : SEMAK SEKARANG
Sebaik sahaja akaun 3 (Fleksibel) mempunyai wang simpanan, ia membolehkan ahli membuat pengeluaran pada bila-bila masa sahaja, namun ahli perlu menunggu tempoh kelulusan permohonan dan pengeluaran yang telah ditetapkan oleh KWSP.
Bagaimanakah semakan tempoh pengeluaran kwsp akaun 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BERAPA LAMA PROSES KWSP AKAUN 3 : SEMAK STATUS SEKARANG
TEMPOH PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 2024
Pengeluaran KWSP akaun 3 adalah tertakluk kepada tempoh kelulusan iaitu :
PERKARA | TEMPOH |
---|---|
Kelulusan Pindahan ke Akaun 3 | Tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja |
Kelulusan Permohonan Pengeluaran | Tujuh (7) hari bekerja |
HAD PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 2024
KWSP telah menetapkan had pengeluaran dari akaun 3 adalah seperti berikut :
HAD PENGELUARAN | JUMLAH |
---|---|
Minimum | RM50 sehari |
Maksimum | RM250 sehari |
TARIKH PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 2024
KWSP telah menstruktur semula akaun KWSP kepada tiga (3) dan ahli boleh membuat pengeluaran Akaun Fleksibel sebaik sahaja Akaun 3 mempunyai simpanan minimum RM50, sama ada selepas pindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera telah dibuat atau setelah pengkreditan caruman baharu.
DOKUMEN SOKONGAN UNTUK PENGELUARAN KWSP AKAUN 3
Ahli tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Walau bagaimanapun, ahli perlu memastikan akaun 3 KWSP mempunyai simpanan dan pastikan akaun bank berstatus aktif bagi memastikan proses bayaran adalah lulus dan teratur.
PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 2024
Ikuti cara pengeluaran wang simpanan KWSP dari akaun 3 :
- Sila Log Masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun.
- Pilih menu ‘Pengeluaran’ dan klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
- Seterusnya, klik pada [Akaun Fleksibel].
- Pilih butang [Keluar Sekarang].
- Masukkan jumlah pengeluaran dan klik pada butang [Teruskan].
- Kemudian, kemaskini akaun bank yang aktif.
- Klik pada butang [Teruskan].
- Seterusnya, klik pada butang [Terima] jika bersetuju dengan Perakuan Ahli.
- Masukkan nombor TAC yang dihantar oleh KWSP.
- Klik untuk sahkan pengeluaran.
- ‘Permohonan anda berjaya dihantar’ dan tunggu kelulusan permohonan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di pautan ini : https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel.