TEMPOH PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 2024 : SEMAK SEKARANG

TEMPOH PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 2024 : SEMAK SEKARANG

Sebaik sahaja akaun 3 (Fleksibel) mempunyai wang simpanan, ia membolehkan ahli membuat pengeluaran pada bila-bila masa sahaja, namun ahli perlu menunggu tempoh kelulusan permohonan dan pengeluaran yang telah ditetapkan oleh KWSP.

Bagaimanakah semakan tempoh pengeluaran kwsp akaun 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BERAPA LAMA PROSES KWSP AKAUN 3 : SEMAK STATUS SEKARANG

TEMPOH PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 2024

Pengeluaran KWSP akaun 3 adalah tertakluk kepada tempoh kelulusan iaitu :

PERKARATEMPOH
Kelulusan Pindahan ke Akaun 3Tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja
Kelulusan Permohonan PengeluaranTujuh (7) hari bekerja
*NOTA : Pemindahan ke akaun 3 (Fleksibel) hanya boleh dilakukan sekali sahaja dan tarikh akhir pemindahan adalah 31 Ogos 2024.

HAD PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 2024

KWSP telah menetapkan had pengeluaran dari akaun 3 adalah seperti berikut :

HAD PENGELUARANJUMLAH
MinimumRM50 sehari
MaksimumRM250 sehari
*Nota : Sekiranya ingin membuat pengeluaran melebihi had maksimum, ahli perlu membuat e-KYC (rujuk di sini : https://jawatankosongmalaysia.my/cara-buat-e-kyc-akaun-3-kwsp-2024/).

TARIKH PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 2024

KWSP telah menstruktur semula akaun KWSP kepada tiga (3) dan ahli boleh membuat pengeluaran Akaun Fleksibel sebaik sahaja Akaun 3 mempunyai simpanan minimum RM50, sama ada selepas pindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera telah dibuat atau setelah pengkreditan caruman baharu.

DOKUMEN SOKONGAN UNTUK PENGELUARAN KWSP AKAUN 3

Ahli tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Walau bagaimanapun, ahli perlu memastikan akaun 3 KWSP mempunyai simpanan dan pastikan akaun bank berstatus aktif bagi memastikan proses bayaran adalah lulus dan teratur.

PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 2024

Ikuti cara pengeluaran wang simpanan KWSP dari akaun 3 :

  1. Sila Log Masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun.
  2. Pilih menu ‘Pengeluaran’ dan klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
  3. Seterusnya, klik pada [Akaun Fleksibel].
  4. Pilih butang [Keluar Sekarang].
  5. Masukkan jumlah pengeluaran dan klik pada butang [Teruskan].
  6. Kemudian, kemaskini akaun bank yang aktif.
  7. Klik pada butang [Teruskan].
  8. Seterusnya, klik pada butang [Terima] jika bersetuju dengan Perakuan Ahli.
  9. Masukkan nombor TAC yang dihantar oleh KWSP.
  10. Klik untuk sahkan pengeluaran.
  11. ‘Permohonan anda berjaya dihantar’ dan tunggu kelulusan permohonan.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di pautan ini : https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel.

Leave a Comment