JAWATAN KOSONG AKADEMI BINAAN MALAYSIA (ABM) 2023 : PERMOHONAN
Akademi Binaan Malaysia (ABM) Sdn. Bhd. di bawah anak syarikat Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menyertai / mengisi kekosongan jawatan bertaraf KONTRAK di Akademi Binaan Malaysia (Sabah) Sdn Bhd.
BACA JUGA : CARA BELI GUNA EMADANI RM100
TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN KOSONG AKADEMI BINAAN MALAYSIA
TARIKH TUTUP PERMOHONAN |
---|
15 Disember 2023 (Perak) |
29 Disember 2023 (Sabah) |
JAWATAN YANG DITAWARKAN
BIL. | JAWATAN | TARAF | CAWANGAN |
---|---|---|---|
1. | TENAGA PENGAJAR BINAAN BANGUNAN ABM | Kontrak | Perak |
2. | WARDEN ASRAMA DAN PEGAWAI MENGAWAL ASET | Kontrak | Sabah |
3. | PEMBANTU EKSEKUTIF SUMBER MANUSIA | Kontrak | Sabah |
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- TENAGA PENGAJAR BINAAN BANGUNAN ABM :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma / Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang Kejuruteraan Awam (Bangunan) atau setara dengannya.
- Mempunyai pengalaman dalam Bidang Binaan Bangunan dan memiliki Lesen Mengajar VTO (Vocational Training Officer) & Train The Trainer (TTT) adalah dialu-alukan.
- Latar belakang dalam bidang Binaan Bangunan adalah diberi keutamaan.
- WARDEN ASRAMA DAN PEGAWAI MENGAWAL ASET :
- Warganegara Malaysia.
- Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh kerajaan.
- Lulus dalam Bahasa Malaysia (Termasuk ujian lisan) pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan diiktiraf setaraf kerajaan.
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya (3) tahun dalam bidang berkaitan.
- Memiliki lesen memandu kelas D dan GDL adalah diberikan keutamaan.
- Dikehendaki untuk menginap di asrama.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon berasal daripada Daerah Sandakan.
- PEMBANTU EKSEKUTIF SUMBER MANUSIA :
- Warganegara Malaysia.
- Memiliki sekurang-kurangnya Diploma / Ijazah dalam bidang yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.
- Pengalaman kerja dalam bidang pengurusan sumber manusia sekurang-kurangnya (3) hingga (5) tahun.
- Mahir dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, termasuk kemahiran dalam komunikasi lisan dan bertulis.
- Mahir dalam menggunakan perisian dan teknologi maklumat berkaitan sumber manusia.
SKOP TUGAS JAWATAN
- WARDEN ASRAMA DAN PEGAWAI MENGAWAL ASET :
- Mengendali kemasukan pelajar ke asrama.
- Memastikan semua peralatan dan perkakasan asrama di dalam keadaan yang teratur.
- Menjaga sistem fail dan rekod peralatan ,perkakasan dan senarai penghuni asrama dikemaskini dan disimpan dengan teratur.
- Memastikan asrama sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat untuk diduduki.
- Melapor dan memastikan semua kerosakan diperbaiki dengan segera.
- Memastikan kebersihan asrama di tahap yang memuaskan.
- Memastikan semua peraturan dan garispanduan menduduki asrama sentiasa dipatuhi oleh pihak pelatih.
- Membuat pemeriksaan aset secara berkala.
- Membuat pemantauan kebersihan bangunan.
- Membuat pemeriksaan dan membaik pulih terhadap aduan kerosakan yang diterima sama ada kemudahan ABM atau asrama.
- Merekod dan memohon aset ABM.
- Menyelenggara dan melaporkan pergerakan aset dan bahan guna habis ABM.
- Lain-lain berkaitan.
- PEMBANTU EKSEKUTIF SUMBER MANUSIA :
- Melaksanakan semua fungsi HR termasuk gaji, pengambilan pekerja, kebajikan dan faedah pekerja, pampasan serta masalah displin.
- Merancang dan mengurus program latihan dan pembangunan pekerja.
- Memahami undang-undang buruh dan perundangan berkaitan dengan pergurusan sumber manusia di Malaysia.
- Menyediakan laporan berkaitan sumber manusia kepada pengurusan syarikat.
CARA PERMOHONAN JAWATAN KOSONG AKADEMI BINAAN MALAYSIA
- Untuk jawatan (TENAGA PENGAJAR BINAAN BANGUNAN ABM) Hantar Resume anda ke : [email protected]
- Untuk jawatan (WARDEN ASRAMA DAN PEGAWAI MENGAWAL ASET / PEMBANTU EKSEKUTIF SUMBER MANUSIA) Hantar Resume anda ke : [email protected]
*RUJUK DI PORTAL RASMI ABM : https://akademibinaan.com.my/
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Ketua Unit Sumber Manusia (Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara) :
- Alamat : Lot 2991 & 2992, Jln Sintok, Padang Sanai- Mukim Temin, 06010 Sintok Kedah.
- Hubungi talian : 04-924 2200.
- Bahagian Sumber Manusia (Akademi Binaan Malaysia (Sabah) Sdn. Bhd :
- Alamat : Kayu Madang, 0.6KM, Jalan Kayu Madang, Telipok, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.
- Hubungi talian : 089-495806 / 495807 (Pn. Nurfathin Binti Asmari).