JAWATAN KOSONG TERKINI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA : KKM
Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mempelawa Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun semasa tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk memohon jawatan sebagai Personel MySTEP bagi Gred 41.
BACA JUGA : JAWATAN KOSONG TERKINI PERBADANAN ASET KERETAPI : RAC
TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN KOSONG TERKINI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
TARIKH TUTUP PERMOHONAN KKM |
---|
15 DISEMBER 2023 (JUMAAT) Sebelum jam 5.00 petang. |
JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
BIL. | JAWATAN | GRED | GAJI |
---|---|---|---|
1. | Personel MySTEP | Gred 41 | RM2,100.00/ berdasarkan penilaian output (termasuk caruman KWSP & PERKESO |
SYARAT LANTIKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
- Warganegara Malaysia;
- Bujang;
- Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Sihat tubuh badan;
- Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya terutamanya yang berkaitan dengan Pengurusan dan Pentadbiran, Pengurusan Data, Statistik dan Analisis Maklumat; dan
- Lengkap vaksinasi COVID-19.
DESKRIPSI TUGAS
- Membantu dalam menyelaras kolaborasi berkaitan projek Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS);
- Membantu dalam menyelaraskan sesi libat urus dengan rakan strategik;
- Membantu dalam melaksanakan inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di semua peringkat;
- Turut membantu dalam menyelaras aktiviti promosi ANMS di media sosial;
- Memasukkan data dan maklumat berkenaan program ANMS dan pengumpulan data;
- Melaksanakan tugas berdasarkan arahan dari semasa ke semasa.
SYARAT KEMAHIRAN
- Mahir menggunakan program Microsoft Office dan Google Workspace;
- Berkemahiran menggunakan Media Sosial dengan baik;
- Boleh berkomunikasi dan bekerjasama dengan baik dalam satu kumpulan;
- Mempunyai pengalaman sebagai MySTEP di mana-mana agensi kerajaan adalah diutamankan.
TEMPAT BERTUGAS KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
TEMPAT BERTUGAS KKM |
---|
Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Blok E10, Kompleks E, Putrajaya. |
KEMUDAHAN YANG DITAWARKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
- Caruman KWSP dan PERKESO.
- Cuti Rehat dan cuti sakit.
PERMOHONAN JAWATAN KOSONG TERKINI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
- Sila pada pautan permohonan di sini : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSerVRMjPq5VTBWT8aNREAtEtFnY0UbDNoQ06uZq1Xov9C4UaA/viewform (borang permohonan adalah berbentuk google form).
- Anda akan dipaparkan pada borang Permohonan MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.
- Sila baca nota yang diberikan dengan teliti.
- Kemudian, tickkan pada kotak nama email anda.
- Tuliskan nama penuh anda seperti dalam kad pengenalan anda dengan HURUF BESAR.
- Pilih Negeri mengikut alamat terkini anda.
- Masukkan nombor telefon yang boleh dihubungi dan masukkan alamat email anda.
- Pilih kelayakan akademik anda yang tertinggi; Contoh : Ijazah Sarjana Muda.
- Seterusnya, nyatakan nama kelayakan akademi anda.
- Nyatakan secara ringkas kemahiran anda; Contoh : Mahir Google Workspace & Microsoft Office.
- Klik pada [Add File] untuk muat naik RESUME anda (Sila namakan semula nama file dengan nama penuh anda).
- Tekan [Submit].
- ‘Permohonan anda berjaya dihantar’.
- Selesai.
*Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat jawatan kosong di atas sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hubungi talian : 03-8000 8000
- E-mel ke : [email protected]