CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN SECARA AUTOMATIK 2024 : SEMAK SEKARANG
Oleh kerana kos sara hidup yang semakin tinggi, Kerajaan menawarkan inisiatif bantuan sebanyak RM300 setiap bulan kepada 30,000 penerima yang layak. Bantuan yang diberikan ini dapat meringankan kos sara hidup rakyat dan dapat membantu rakyat untuk menampung perbelanjaan barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.
Bagaimanakah cara check nama penerima bantuan rm300 setiap bulan secara automatik? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : PENDAFTARAN BANTUAN E WALLET RM300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS : MOHON SEKARANG
APA ITU BANTUAN RM300 SETIAP BULAN
Bantuan RM300 setiap bulan merupakan inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor yang memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun BINGKAS. Dengan menyalurkan RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga penduduk Selangor dan bertujuan menyemarakkan kecekalan keluarga supaya kurang terdedah kepada cabaran ekonomi.
KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN SECARA AUTOMATIK 2024
Berikut adalah kaedah pengkreditan Bantuan RM300 setiap bulan kepada penerima yang layak seperti di bawah :
KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN RM300 |
---|
Dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet sebanyak RM300 setiap bulan secara automatik apabila penerima lulus. |
KEGUNAAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN
Bantuan RM300 ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti yang disenaraikan di bawah :
- Beras.
- Mi dan Bihun.
- Roti.
- Biskut.
- Telur.
- Gula dan garam.
- Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak masak.
- Ubat-ubatan.
- Sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Daging ayam, lembu, kambing dan ikan.
- Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- Lampin pakai buang (bayi / dewasa).
- Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis).
- Barangan persekolahan (beg, kasut, buku, alatulis, pakaian seragam, dan sebagainya).
- Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah / akademik).
CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN SECARA AUTOMATIK 2024
Ikuti cara check bantuan RM300 pada laman web Rasmi BINGKAS seperti berikut :
- Untuk semakan, sila layari laman web bingkasselangor.com
- Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
- Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
- Pergi ke bahagian semakan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala yang kami kongsikan di atas adalah berdasarkan Portal Rasmi BINGKAS. Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan bantuan di atas sahaja untuk memudahkan anda membuat carian. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/ . Semoga bermanfaat, terima kasih.
Saya siti asmah bt yusof memang saya sebatang kara di tnggl ibu n ayah brumur 11thn tnggl dgn keluarga angkt pun mati suami perkerja hnya jual kuih trdisional utung stiap bln hnya 400 sja . sya brkerja kedai mkn gji sebln 1400