PERMOHONAN IJAZAH LUAR NEGARA JPA 2024 : CARA MEMOHON BELAJAR DI LUAR NEGARA

PERMOHONAN IJAZAH LUAR NEGARA JPA 2024 : CARA MEMOHON BELAJAR DI LUAR NEGARA

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Persediaan untuk menyambung pelajaran bagi pengajian Ijazah Pertama dalam bidang-bidang yang dikenal pasti di universiti-universiti terkemuka dunia dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

Bagaimanakah cara memohon belajar di luar negara? Macam mana permohonan ijazah luar negara JPA?

Baca juga : PERMOHONAN SBP 2023 : SYARAT KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN 1 ATAU 4

APA ITU IJAZAH LUAR NEGARA JPA

Ijazah Luar Negara JPA adalah sambung belajar di luar negara menggunakan dana daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Dari segi bentuk penajaan bagi Program Khas Ijazah Luar Negara ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang mana pengurangan bayaran balik akan diberikan mengikut pencapaian di dalam pengajian.

TARIKH PERMOHONAN IJAZAH LUAR NEGARA 2024

Kepada pemohon yang berminat, anda boleh buat permohonan melalui online yang akan dibuka bermula pada 15 Julai 2024 (5.00 petang) sehingga 24 Julai 2024 (5.00 petang).

SYARAT KELAYAKAN BIASISWA JPA LUAR NEGARA

SYARAT KELAYAKAN BIASISWA JPA LUAR NEGARA
1. Warganegara Malaysia.
2. Lulus pemeriksaan kesihatan.
3. Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
4. Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.
5. Tamat pengajian program persediaan yang dikenal pasti (rujuk perincian di perenggan 2.2) pada tahun 2023 dengan keputusan minimum yang ditetapkan.
6. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (atau 23 tahun bagi pelajar peralihan).
7. Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat/tanpa syarat daripada universiti untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa.
8. Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2023.

SYARAT KHUSUS PERMOHONAN IJAZAH LUAR NEGARA 2024

Memenuhi syarat akademik minimum yang ditetapkan seperti berikut :

PROGRAM PERSEDIAANSYARAT AKADEMIK MINIMUM
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.50/4.00
Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)PNGK 3.50 / 4.00
A-Level dari pusat / kolej persediaan / IPTS tempatan14 / 15 mata (tanpa C)
International Baccalaureate Diploma Programme (IB) dari pusat / kolej persediaan / IPTS tempatan35 / 45 mata

PERINGKAT PENGAJIAN

Pelajar-pelajar yang ditawarkan penajaan akan ditaja bagi pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa dalam bidang dan institusi yang ditetapkan sahaja.

TEMPAT PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

Program ini hanya layak untuk pengajian di universiti-universiti terkemuka dunia di ranking Top 100 dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings, Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings, atau Academic Ranking of World Universities (ARWU) berdasarkan kedudukan universiti, di negara-negara yang dikenal pasti sahaja.

tempat pengajian biasiswa jpa
tempat pengajian biasiswa jpa
tempat pengajian biasiswa jpa

BIDANG PENGAJIAN

Penajaan di bawah program ini akan memberi tumpuan kepada bidang-bidang yang dikenal pasti bagi memenuhi keperluan strategik Perkhidmatan Awam dan Negara.

Program ini mensasarkan penajaan di dalam bidang Kejuruteraan dan Sains & Teknologi yang seiring Dasar Sains, Teknologi dan Industri Negara (DSTIN) 2021-2030 serta Rangka Kerja 10-10 Malaysian Science, Technology, Innovation and Economy (MySTIE) Framework iaitu bidang teknologi teras (DeepTech) seperti di bawah :

  • Kecerdasan buatan (Artificial Intelligence)
  • Internet of Things (IOT)
  • Blockchain
  • Bahan dan teknologi termaju (Advanced Material)
  • Analitik data raya (Big Data Analytic)
  • Ekonomi hijau (Green Economy) yang melibatkan sektor-sektor utama seperti pembinaan, gunatenaga, pertanian dan pengangkutan.

Kursus-kursus yang diikuti di peringkat Ijazah Pertama hendaklah mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan mendapat pengiktirafan penuh Badan-badan Profesional bagi kursus-kursus profesional.

BIDANG PENGAJIAN YANG TIDAK DITAJA

Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah :

  • Perubatan
  • Pergigian
  • Farmasi
  • Pendidikan
  • Kejururawatan
  • Kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen seperti lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA dan Certified in Legal Practice (CLP

PERMOHONAN IJAZAH LUAR NEGARA

Pemohon yang berminat untuk memohon ijazah luar negara JPA ini sila lakukan permohonan di pautan di bawah ini :

PERKARAPAUTAN
Cara Memohon Belajar Di Luar NegaraKlik link di sini : https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PKILN

Permohonan dibuka secara online di laman web eSILA di atas selama sepuluh (10) hari mulai 15 Julai 2023 (Jumaat) jam 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022 (Ahad) jam 5.00 petang.

Calon boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di laman sesawang eSILA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Khas Ijazah Luar Negara Tahun 2023 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

Nota : Calon-calon yang memohon program penajaan ini dan melepasi syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan dikehendaki untuk menghadiri sesi Student Assessment Centre (SAC) yang dijadualkan pada pertengahan Ogos 2023. Calon boleh menyemak Portal eSILA dari semasa ke semasa untuk mengetahui maklumat mengenai tarikh dan tempat SAC.

SEMAKAN KEPUTUSAN IJAZAH LUAR NEGARA JPA 2022

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my pada minggu ke-2 bulan September 2023. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA. Sekiranya pelajar tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh keputusan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN

Perjanjian pinjaman dikuatkuasakan mengikut empat (4) keadaan PBU seperti berikut :

  • Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.
  • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian.
  • Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman

PERTANYAAN DAN MASALAH TEKNIKAL

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian call centre iaitu 03-8885 3297 mulai 18 sehingga 22 Julai 2023 (5 hari) dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang.

Calon juga boleh mengemukakan pertanyaan menerusi e-mel [email protected] (e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

2 thoughts on “PERMOHONAN IJAZAH LUAR NEGARA JPA 2024 : CARA MEMOHON BELAJAR DI LUAR NEGARA”

Leave a Comment