PERMOHONAN ANAK ISTIMEWA SELANGOR ANIS 2023 : CARA PENDAFTARAN ONLINE BANTUAN ANAK OKU
Untuk makluman pemohon, Bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak Orang Kurang Upaya (OKU) dengan tujuan untuk mengurangkan bebanan kos perbelanjaan dalam menguruskan anak-anak istimewa.
Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor ini dikenali sebagai ANIS. Terbaru, pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan ANIS bagi mendapatkan manfaat.
Baca juga : PERMOHONAN PROGRAM ANAK GENIUS NEGARA
APA ITU BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)
Pemberian Bantuan secara One-Off dengan Had Maksima sehingga RM5,000 untuk sebuah keluarga. Menerusi bantuan khas ini, dapat membantu meringankan tanggungan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup (makanan tambahan/ubat-ubatan) untuk anak OKU yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga yang memohon.
Selain tu, turut membantu mengurangkan bebanan ibu bapa/penjaga anak kurang upaya yang ingin membeli peralatan khas/mesin tujuan pemulihan anak OKU.
JENIS BANTUAN ANIS
Berikut adalah jenis bantuan ANIS yang akan diberikan kepada pemohon yang layak :
NOTA : Kelayakan adalah berdasarkan preskripsi doktor sahaja
- Makanan/keperluan tambahan
- Pembelian/Pembaikian peralatan/mesin
- Ubat-ubatan
- Pendidikan (Terapi / Kelas Khas untuk anak OKU)
SYARAT KELAYAKAN
Di bawah ini terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk memohon bantuan khas ANIS :
- Warganegara Malaysia
- Ibu /bapa/ penjaga salah seorang Pengundi Selangor
- Ibu / bapa/ penjaga yang mempunyai anak OKU berumur 18 ke bawah
- Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor dan sedang menetap di Selangor; ATAU Ibu/bapa/penjaga bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan)
- Anak (OKU) mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh JKM
- Surat Pengesahan Doktor (Jika tiada Kad OKU)
[PERHATIAN] : Sekiranya penjaga merupakan ibu bapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973.
TARIKH PERMOHONAN ANIS 2023
Borang dan Dokumen Sokongan hendaklah dihantar bermula 17 Mei 2023 sehingga 26 Mei 2023 jam 5.30 Petang. Jika gagal menghantarnya sebarang rayuan tidak dilayan.
CARA PERMOHONAN BANTUAN ANIS SELANGOR
PERKARA | PAUTAN |
PENDAFTARAN ONLINE BANTUAN ANAK OKU ANIS SELANGOR | https://www.anisselangor.com/bantuananis |
- Pemohon hendaklah membuat permohonan melalui online di pautan di atas
- Pemohon diminta isi borang permohonan dan lampirkan bersama dokumen sokongan seperti yang dinyatakan
- Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses
- Borang permohonan dan dokumen boleh di hantar di alamat di Pejabat YAWAS, Aras 5 Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, 40000 Shah Alam, Selangor.
- Borang dan dokumen sokongan hendaklah dihantar mulai 17 Mei 2022 hingga 31 Mei 2022 Jam 4.00 petang
- Jika gagal menghantarnya sebarang rayuan tidak dilayan
SEMAKAN BANTUAN ANAK ISTIMEWA SELANGOR ANIS
Semakan Status Bantuan Anak OKU Anis Selangor boleh dibuat di sini : https://anis.yawas.my/k_anis/anis/semakan.php.
SENARAI DOKUMEN PERMOHONAN BANTUAN ANAK OKU ANIS SELANGOR
CARA BAYARAN BANTUAN ANAK ISTIMEWA SELANGOR ANIS
Jenis bantuan selain pendidikan seperti makanan/peralatan sokongan/keperluan khas/ubat-ubatan (mengikut saranan doktor) | Jenis bantuan berbentuk Pendidikan/Kelas terapi khas untuk anak OKU |
1. Pembelian barangan tersebut akan diuruskan oleh YAWAS dimana pembelian akan dibuat melalui panel lantikan YAWAS sahaja. 2. Barang akan dihantar ke rumah penerima atau PKM setelah permohonan diluluskan dan urusan tempahan barang dibuat kepada panel. 3. Pembayaran dan Penghantaran barangan kepada pemohon akan dibuat pada bulan Mei dan Jun. | 1. Pembayaran akan dibuat terus kepada pusat pendidikan/terapi yang diminta oleh pemohon. 2. Proses pembayaran hanya akan dibuat selepas permohonan diluluskan. 3. Pembayaran akan dibuat pada bulan Mei dan Jun. |
RUJUKAN
Sebarang soalan dan masalah pemohon boleh hubungi atau rujuk pihak berwajib dibawah ini :
No Hotline Bantuan ANIS : 03-55453170
Emel : [email protected]