PERMOHONAN PROGRAM ANAK GENIUS NEGARA 2023 : PANDUAN LENGKAP
PROGRAM GENIUS NEGARA DI PUSAT ANAK GENIUS NEGARA SELURUH MALAYSIA BAGI TAHUN 2023 TELAH DIBUKA.
Bagi ibu bapa/ penjaga yang berminat untuk menghantar anak- anak menyertai program di Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN) sila rujuk maklumat berikut.
APA ITU PROGRAM ANAK GENIUS NEGARA
Pada 5 April 2019 nama PERMATA ditukar kepada GENIUS selaras dengan pembaharuan struktur tadbir urus Program tersebut.
Terdapat 7 program di bawah Bahagian GENIUS Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Program Genius Negara adalah salah satu daripadanya.
Program GENIUS Negara menyediakan asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak berkualiti kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun terutamanya dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.
Program ini membolehkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun bermain sambil belajar serta menerokai bidang-bidang kegemaran mereka.
Perkembangan menyeluruh kanak-kanak juga dibentuk dengan menggalakkan mereka mengguna kelima-lima deria mereka dalam proses memerhati, meniru, meneroka, cuba-jaya, mengaplikasikan terhadap persekitaran di sekeliling sehingga menjadi sebahagian daripada kebiasaan mereka.
KELEBIHAN PROGRAM ANAK GENIUS NEGARA
- Merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh
- Menggunakan kurikulum yang mengintegrasikan secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas awal yang holistik
- Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain
- Menekankan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami (Exploring, Experimenting and Experiencing)
Baca juga: TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA TPSM:CARA CLAIM TUNTUTAN
TARIKH PERMOHONAN PROGRAM ANAK GENIUS NEGARA 2023
Kepada pemohon yang berminat, anda boleh buat permohonan melalui borang yang akan dibuka bermula pada 1 Jun 2023 sehingga 30 September 2023.
CARA PERMOHONAN PROGRAM ANAK GENIUS NEGARA 2023
Sila muat turun borang pendaftaran yang disediakan di bawah ini :
Setelah melengkapkan borang, sila sediakan dokumen dalam senarai semak yang dilampirkan ini :
- Salinan Surat Beranak Anak.
- Salinan MyKid anak.
- Salinan Buku Kesihatan Anak (Muka Surat Hadapan dan Rekod Vaksin)
- Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa atau Penjaga yang disahkan
- Salinan Pendapatan Ibu Bapa atau Penjaga yang disahkan
- Surat Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa/Penjaga oleh Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan/Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri)
- Surat Pengesahan Tidak Bekerja Ibu Bapa/Penjaga oleh Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan/Pesuruhjaya Sumpah
NOTA : Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Pusat Anak Genius Negara (PAGN) yang berdekatan dengan anda.
SYARAT KELAYAKAN PROGRAM ANAK GENIUS NEGARA
Untuk menyertai program GEN1US negara, syarat kelayakan di bawah perlu dipenuhi :
- Anak merupakan warganegara Malaysia.
- Anak berusia empat (4) tahun ke bawah.
- Pendapatan isi rumah kurang dari RM4,000.
SENARAI PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
Muat turun Senarai Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN) di pautan berikut :
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung Program Anak Genius di Pusat Anak Genius Negara, anda boleh menghubungi Bahagian Genius Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8880 5151.
Sumber rujukan : https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/permohonan-untuk-menyertai-program-genius-negara-di-pusat-anak-genius-negara-seluruh-malaysia
Facebook : https://www.facebook.com/programgeniuskpm