JAWATAN KOSONG GURU GANTI MRSM
Berita baik kepada yang mencari pekerjaan MRSM Tun Abdul Razak membuka jawatan kosong kepada warganegara yang berminat dan berkelayakan.
PENGENALAN
Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. MARA merupakan badan berkanun mempunyai sistem kewangan yang tersendiri bagi membantu menjayakan pendidikan dan pembangunan usahawan di kalangan Bumiputera.
Bemula tahun 2020, nisbah pelajar bumiputera dan bukan bumiputera di MRSM adalah 96% bumiputera dan 4% bukan bumiputera. Walau bagaimanapun, hanya MRSM tertentu sahaja mempunyai pelajar bumiputera dan bukan bumiputera. MRSM PKP dan MRSM Ulul Albab hanya mempunyai pelajar bumiputera sahaja.
JAWATAN KOSONG GURU GANTI MRSM
Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan
SENARAI JAWATAN
- Guru (Bertaraf Guru Sambilan ) Pendidikan Islam
1 Kekosongan sahaja
SYARAT PERMOHONAN
Calon hendaklah rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan iaitu 28 MAC 2022.
Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjan muda dalam bidang yang berkaitan dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
CARA MOHON
Semua permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan mencatatkan butiran-butiran peribadi serta kelayakan (Resume) bersertakan dokumen-dokumen berikut.
- Gambar berukuran passport.
- Salinan kad pengenalan
- Salinan sijil SPM yang disahkan
- Sijil-sijil dan doklumen yang berkaitan dan disahkan
- Semua dokumen hendaklah dihantarkan ke alamat berikut sebelum tarikh tutup permohonan 28 MAC 2022 (Pada 12 tengah Hari)
Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA Tun Abdul Razak
KM 9, Jalan Kuantan – Pekan Pulau Serai,
26600 Pekan Pahang Darul Makmur