BANTUAN BAKUL MAKAN RM1200 2024 : SEMAK SEKARANG

BANTUAN BAKUL MAKAN RM1200 2024 : SEMAK SEKARANG

Dua kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar seramai 700,000 di bawah data e-Kasih dan JKM, dan kategori ini layak menerima bantuan bernilai RM1,200 di bawah Program Bakul Makanan atau lebih tepat ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Bagaimanakah semak bantuan bakul makan rm1200? Ikuti info lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN 100 DALAM IC : SEMAK SEKARANG

KAEDAH BAYARAN BANTUAN BAKUL MAKAN RM1200

Bantuan bakul makanan sebanyak RM1,200 akan dibayar secara ansur setiap bulan selama tempoh 12 bulan iaitu sebanyak RM100 sebulan kepada penerima yang layak untuk pembelian barang makanan.

SENARAI BANTUAN BAKUL MAKAN

Berikut merupakan senarai barang yang diluluskan untuk bantuan bakul makan setiap bulan seperti di bawah :

  1. Beras;
  2. Roti;
  3. Telur;
  4. Minyak masak;
  5. Tepung;
  6. Biskut;
  7. Mi segera;
  8. Minuman;
  9. Makanan dalam tin;dan
  10. Bahan perasa.

KAEDAH PEMBELIAN BAKUL MAKAN RM1200 2024

Ikuti kaedah pembelian dengan menggunakan bantuan seperti berikut :

  1. Pilih kedai yang terpilih berhampiran anda, sila rujuk di sini : SENARAI KEDAI TERPILIH MYKASIH.
  2. Seterusnya, pilih barangan keperluan asas mengikut 10 kategori yang telah disenaraikan di atas atau anda boleh rujuk pada rak tanda harga yang mempunyai label MyKasih di kedai tersebut.
  3. Tunjukan MyKad anda di kaunter bayaran untuk juruwang membuat pengesahan penerima bantuan.
  4. Kemudian, juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang anda pilih mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Anda perlu memasukan 6 digit PIN MyKad anda untuk pengesahan transaksi pembelian.
  6. Sila simpan resit untuk semakan transaksi pembelian dan nilai baki.

BANTUAN BAKUL MAKAN RM1200 2024

Ikuti cara semak bantuan bakul makan di Portal Rasmi Semakan seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih.
  2. Kemudian, klik pada SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal rasmi MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah (SARA)). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mykasih.com.my/.

Leave a Comment